Contoh Pengajaran & Pembelajaran Pendidikan Islam Menggunakan Alat Kemahiran Berfikir CoRT 1.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DENGAN
MENGGUNAKAN KEMAHIRAN BERFIKIR CoRT1.

TINGKATAN : EMPAT
MATA PELAJARAN : Pendidikan Islam
MASA : 80 minit
TAJUK : Unit 2 : Dosa-Dosa Besar Yang Boleh Menghancurkan
Umat Islam.
SUB TAJUK : Minum Arak.
PENGETAHUAN
SEDIA ADA : 1. Murid telah mengetahui hukum haram meminum arak.
2. Murid telah mengetahui meminum arak akan merosakkan
akal.
KAEDAH P&P : 1. Pembelajaran Kerjasama (Cooprative Learning)
2. Pembelajaran Konstraktivisme
3. Pembelajaran Kajian Masa Depan
ALAT BERFIKIR : AGO, C&S dan FIP
BAHAN BANTU MENGAJAR :
1. Gambar botol dan tin minuman keras.
2. Grafik carta maklumat.
3. Kertas edaran.

BUKU RUJUKAN :
1. Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan 4 (2002) :
DBP, Kuala Lumpur.
2. Buku Teks Pendidikan Islam Tingkatan 4 ( 2002 ) : DBP, Kuala Lumpur.
3. Ainon Mohd & Abdullah Hassan (2003), Belajar berfikir : Utusan Publication and Distributors Sdn. Bhd., Kuala.Lumpur.
4. Ainon Mohd & Abdullah Hassan (1999), Menyelesaikan masalah secara kreatif, : Utusan Publication and Distributors Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.

Hasil Pembelajaran :
Di akhir pembelajaran murid akan dapat :
Aras 1 :
1. Menyatakan bahaya yang timbul dari perbuatan minum arak.
2. Menyatakan hukuman yang telah ditetapkan di dalam Al-Quran terhadap perbuatan minum arak.
Aras 2 :
1. Menerangkan sebab-sebab berlakunya perbuatan minum arak.
2. Menerangkan syarat-syarat untuk mensabitkan seseorang dengan hukuman yang ditetapkan oleh Al-Quran dan Al-Sunnah.
Aras 3 :
1. Menghuraikan langkah-langkah dan strategi untuk menangani masalah ketagihan arak.
2. Menerangkan kesan perbuatan minum arak terhadap individu, masyarakat dan negara.
Hasil Pembelajaran Kemahiran Berfikir :
Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :
1. Mengenal pasti matlamat dan objektif yang hendak dicapai dengan menggunakan AGO.
2. Mengenal pasti kesan dan akibat meminum arak dengan menggunakan C & S.
3. Menggunakan C & S sebelum membuat keputusan atau tindakan.
4. Membuat keputusan terbaik dengan menggunakan FIP.

ISI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN :
1. Pengertian minum arak.
2. Hukum minum arak.
3. Dalil al-Quran & Hadith.
4. Hukuman ke atas peminum arak.
5. Kesan buruk minum arak.
6. Langkah-langkah mengatasi.
7. Penghayatan.

PENYERAPAN
– Pendidikan Al-Quran.
– Fekah.
– Sirah Rasul.

GABUNG JALIN
– Sains KBSM.
– Sejarah.
– Kimia

KEMAHIRAN BERFIKIR
Menggunakan alat-alat berfikir :
1. AGO
2. C&S
3. FIP

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
SET INDUKSI ( 5 minit ) :
1. Guru menunjukkan gambar botol dan tin minuman bertulis “Tiger Beer”, “Carlsberg” dan “Anchor Beer”.
2. Murid diminta memberikan pandangan berhubung dengan gambar tersebut.
3. Guru mengaitkan gambar tersebut dan pandangan murid dengan pelajaran hari ini.

PERKEMBANGAN LANGKAH PERTAMA ( 20 minit ) :
Untuk semua murid bagi memenuhi hasil pembelajaran aras 1 .

ILMU ( KOGNITIF )AKTIVITI P & P
1. Guru menerangkan hukum dan hukuman meminum arak berdasarkan Al-Quran dan Hadith.
2. Murid menyatakan keburukan dan bahaya meminum arak.
3. Murid menjawab soalan penilaian berhubung dengan hukum dan hukuman meminum arak dan bahaya arak.

PENGHAYATAN/NILAI
Berpegang teguh dengan ajaran Islam.

AMALAN
Sentiasa berjihad melawan hawa nafsu.
Menjauhkan diri dari meminum arak.
Melakukan muhasabah diri terhadap amalan seharian.

PERKEMBANGAN : LANGKAH KEDUA ( 20 minit ) :
Untuk semua murid bagi mencapai hasil pembelajaran aras 2.
ILMU ( KOGNITIF )
1. Guru membahagikan pelajar kepada kumpulan perbincangan untuk menyelesaikan masalah berikut ;
“Kewujudan kilang arak dan iklan-iklan minuman keras telah membawa kesan kepada kerosakan akhlak rakyat Malaysia. Bincangkan langkah-langkah sewajarnya untuk mengatasi masalah tersebut dengan menggunakan alat kemahiran berfikir.”

KEMAHIRAN BERFIKIR
AGO :
1. Guru menyoal murid, apakah matlamat yang hendak dicapai ?
2. Murid menjawab ; matlamat yang hendak dicapai ialah untuk mengatasi kerosakan akhlak rakyat Malaysia kesan dari meminum arak.

C & S :
Guru meminta murid menyatakan kesan dan akibat dari kewujudan kilang arak dan iklan-iklan minuman keras.
Persoalan yang dikemukakan ialah :
1. Adakah arak penting untuk manusia?
2. Apakah kesan dan akibat dari meminum arak ?
3. Adakah kilang arak penting untuk pembangunan negara ?
4. Jika penting, bagaimana ia memberi sumbangan kepada negara ?
5. Bagaimana kesannya jika dalam negara ini tidak ada kilang arak ?
6. Apakah pandangan murid jika Malaysia mengharamkan terus sebarang bentuk kegiatan berhubung dengan arak seperti mengilang, mengedar, menjual, mengiklankan dan meminumnya ?

Murid secara kumpulan menjawab persoalan tersebut dan membentangkannya dalam kelas.

PERKEMBANGAN : LANGKAH 3 ( 20 minit ) :
Untuk murid bagi mencapai hasil pembelajaran aras 3.

ILMU ( KOGNITIF )
1. Guru menjelaskan syarat-syarat mensabitkan seseorang dengan hukuman ke atas peminum arak berpandukan Al-Quran dan Hadith.
2. Murid diminta membuat keputusan terbaik dengan menggunakan FIP berhubungan dengan ;
1. Mengharamkan semua kegiatan berhubung dengan arak
2. Menguatkuasakan undang-undang peminum arak.
3. Menutup kilang arak .

KEMAHIRAN BERFIKIR :
FIP :
Guru mengemukakan panduan untuk membantu murid membuat keputusan terbaik berhubung dengan tiga perkara tersebut :
1. Senaraikan kesan baik dan buruk yang timbul dari pengharaman kegiatan arak, penguatkuasaan undang-undang dan penutupan kilang arak.
2. Pilih yang terbaik sama ada perlu atau tidak ;
i. pengharaman semua kegiatan arak.
ii. penguatkuasaan undang-undang ke atas peminum arak.
iii. penutupan semua kilang arak.

PENILAIAN ( 10 minit ) :
Guru secara lisan menilai kemampuan murid menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dengan menggunakan alat kemahiran berfikir terhadap perbincangan tajuk “Dosa Besar Yang Menghancurkan Umat Islam – Minum Arak”.

RUMUSAN ( 5 minit ) :
1. Guru merumuskan hasil pembelajaran hari ini adakah telah tercapai atau tidak.
2. Guru menyarankan murid mengambil pengajaran dan iktibar terhadap apa yang telah dipelajari pada hari ini.

TUGASAN :
Murid diberi tugasan kerja rumah :
1. Menyediakan nota terhadap tajuk yang dibincangkan dalam bentuk peta minda.

ULASAN KENDIRI :
Isu Yang Diperhatikan :
1. Adakah hasil pembelajaran murid telah tercapai ?
2. Adakah murid mampu menggunakan alat berfikir untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan ?
3. Adakah kaedah pengajaran yang digunakan sesuai dan berkesan?

Cadangan :
Setiap persoalan yang telah dikemukakan pada bahagian “Isu Yang Diperhatikan” , jika ianya mendatangkan kesan positif hendaklah diteruskan dan diperkukuhkan. Jika ianya membawa kesan negatif hendaklah diperbaiki dan diperbetulkan.

***********************************************************************

About these ads

Perihal guabama

Seorang guru biasa
This entry was posted in Kemahiran Berfikir. Bookmark the permalink.

2 Responses to Contoh Pengajaran & Pembelajaran Pendidikan Islam Menggunakan Alat Kemahiran Berfikir CoRT 1.

  1. naza says:

    asslam…ruangn ini tiada menyediakan rancangan mengajar tingkatan 1 subjek p.islam bab akidah? knp susah nak lihat?

  2. SUZANA YUSOF says:

    cam mana nak buat RPH yang kaedah p&Pnya menggunakan web sepenuhnya, untuk p.Islam, contohnya untuk bab sirah?

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s