Fatwa semasa mengenai hukum merokok menjurus kepada haram

Diperhatikan masih ramai lagi ahli jemaah masjid atau surau di merata tempat yang masih lagi tidak boleh membuang tabiat menghisap rokok. Ada yang sembahyang dengan berbekalkan kotak rokok dan `lighter` di kocek menggantikan tasbih. Sepatutnya lidah yang sering berzikir dan berdoa sudah lama meninggalkan tabiat buruk ini. Mulut berdoa jauhkan dari azab api neraka tapi mulut itu juga yang memasukkan api dan asap rokok ke dalam mulut. Sia-sia doa seumpama ini.
Oleh itu kita menyeru kepada ahli jemaah masjid/surau yang sebenarnya, jauhilah tabiat buruk ini dengan iman dan ilmu yang yakin bahawa apa yang dibuat itu adalah HARAM. ( MAKNANYA JIKA HISAP ROKOK JUGA ADALAH SALAH DAN DAPAT DOSA. APA ITU HARAM, APA ITU DOSA … KENA BELAJAR DAN FAHAM SUNGGUH. )
Di sini diperturunkan hujah dan kenyataan berdasarkan ‘Fatwa Semasa Mengenai Hukum Merokok’ yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti sebuah negeri.

1. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya hukumnya adalah haram kerana daripadanya terdapat kemudaratan.

2. Ulama-ulama semasa seperti Dr Abdul Jalil Shalabi mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan masyarakat.

3. Dr Zakaria Al Bari (anggota Akademi Kajian Islam dan Anggota Lujnah Fatwa Al-Azhar) menyatakan merokok hukumnya haram atau makruh adalah pendapat yang kuat.

4. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan.

5. Syeikh Hasanain Makhluf iaitu bekas Mufti Kerajaan Mesir telah menetapkan merokok adalah haram jika mendatangkan mafsadat kesihatan dan mengurangkan hak keluarga dari segi pengurangan nafkah kepada keluarganya. Makruh jika mafsadat itu tidak ketara atau tidak mengurangkan hak nafkah keluarga.

6. Di Malaysia, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 yang berlangsung pada 23 Mac 1995 telah memutuskan bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram menurut pandangan Islam.

7. Fatwa Negeri Selangor Darul Ehsan yang telah diwartakan pada 7 Disember 1995 di bawah Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989 telah menyebutkan bahawa amalan menghisap apa jua jenis rokok adalah haram bagi mana-mana orang Islam.

8. Fatwa Negeri Perlis memutuskan bahawa menanam tembakau atau merokok dan memanfaatkan hasil tembakau adalah haram.

9. Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah berpegang kepada fatwa merokok adalah haram walaupun sehingga kini belum ada penguatkuasaan berhubung perkara itu kerana berdasarkan pendapat pengamal perubatan bahawa perbuatan merokok boleh mendatangkan mudarat.

10. Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka juga telah bersetuju menerima pakai keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram.

Sehubungan itu kita menyeru agar penghisap rokok menghentikan tabiat buruk itu . Kepada penanam tembakau, marilah kita bersama-sama menukar kepada tanaman lain untuk mendapat keberkatan Ilahi.

About these ads

Perihal guabama

Seorang guru biasa
This entry was posted in Isu-Isu Semasa and tagged . Bookmark the permalink.

5 Responses to Fatwa semasa mengenai hukum merokok menjurus kepada haram

  1. mr. 69 says:

    kalau masih ada “nak hisap” dalam hati……jawabnya jadi susahlah nak berhenti….”.nak” jadi “tak nak” bila hati benar-benar menerima pakai fatwa yg mengharamkan merokok sebaliknya jika hati masih memegang dgn fatwa makruh……jawabnya tak nak berhenti ler tu……

  2. mr. 69 says:

    nak tinggal yg dilarang susah tapi senang…..susah kerana “hati” dan senang kerana “hati”…..hati yg d dlmnya ada kebesaran selain dari ALLAH SWT jwbnya x kan jd baik ler kite….tapi hati yg penuh dgn kebesaran ALLAH SWT pasti n mesti akan jadi baik……bagaimana nak penuhkan hati kite ni dgn kebesaran ALLAH SWT……? email saya….kita bertukar pdpt

  3. musi says:

    salam;
    tengok orang merokok perangainya semasa merokok tu dia buang sesuka hati puntung, di jalan, longkang, simin, kakilima merata-rata, penghangai memang hudoh lagi buruk teruk betul laa. saya rasa loya nak muntah bila de orang sebelah merokok terutama dalam kedai/restoran, meluat sungguh orng gini betullah x hormat orang. ni penghangai depa….huduh!

  4. Wan fitri says:

    Dlam usaha utk brhnti mrokok

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s