KONSEP PENDIDIKAN ISLAM

Islam meletakkan pendidikan di kedudukan yang paling penting. Ia merupakan satu ibadat yang besar. Kepentingan pendidikan ditekankan melalui wahyu yang pertama diturunkan oleh Allah dalam surah Al-Alaq ayat 1 – 5, Firman Allah yang bermaksud;

“Bacalah ((wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang mencipta (sekalian makhluk). Dia menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Mulia. yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan.”

Dalam ayat di atas Allah SWT memerintahkan manusia belajar mengenal Tuhan, memahami fenomena alam dan diri manusia. Intipati ayat ini menunjukkan bahawa manusia perlu mencari ilmu pengetahuan melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Allah SWT menjelaskan bahawa ilmu pengetahuan itu secara zahirnya boleh diperolehi melalu pembacaan dan penulisan.

Islam menekankan pendidikan duniawi dan ukhrawi. Konsep pendidikan bersepadu ini merupakan keistimewaan Islam. Ia berlawanan dengan aliran pemikiran Barat yang memisahkan ilmu kepada dua bahagian yang disebut sebagai teologi dan sains.  Dalam Islam ilmu teologi dan sains tidak boleh dipisahkan kerana kedua-duanya mempunyai hubungan dari sudut ketauhidan atau aqidah.

TUJUAN PENDIDIKAN ISLAM :

Pendidikan Islam adalah program menuju kepada matlamat membentuk peribadi manusia yang seimbang daripada segi kerohanian dan kebendaan serentak dalam satu masa. Ia bertujuan untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT secara total dalam semua urusan hidup.

Secara umumnya, tujuan pendidikan dalam Islam berteraskan prinsip-prinsip pendidikan yang berdasarkan Al-Quran dan al-Sunnah bagi membentuk aqidah, sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat serta mendapat keredaan Allah.

About these ads

About guabama

Seorang guru biasa
This entry was posted in Isu-Isu Pendidikan. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s