PENGELOLAAN SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENGELOLAAN SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PENDIDIKAN ISLAM

a. Membina, memilih dan menggunakan strategi

Pemilihan kaedah dan teknik yang sesuai sangat penting untuk mencapai hasil yang maksimum. Perancangan dan pemilihan kaedah perlu mengambil kira tajuk pelajaran, tahap kebolehan murid dan situasi bilik darjah. Tidak semua kaedah sesuai untuk semua mata pelajaran. Guru tidak harus terikat dengan hanya satu atau dua kaedah sebaliknya perlu mempelbagaikan kaedah kerana tahap keupayaan murid dan cara pembelajaran mereka berbeza. Jangka masa pembelajaran 30 atau 40 minit bagi satu waktu akan menyebabkan murid bosan dengan satu atau dua kaedah sahaja. Sebaik-baiknya kaedah yang dipilih itu lebih berpusatkan kepada murid supaya mereka menjadi aktif.

b. Persediaan guru

Untuk melaksanakan sesuatu kurikulum dengan berjaya, guru hendaklah terlebih dahulu memahami dan menghayati falsafah dan matlamat kurikulum , struktur dan organisasi kurikulum serta sukatan pelajarannya. Di samping itu guru harus mempunyai pengetahuan tentang mata pelajaran pengkhususannya serta mempunyai kemahiranmengajar termasuk menghubungkan pengetahuan, kemahiran dan nilai di antara satu sama lain mengendalikan pengajaran bagi pelajar-pelajar pelbagai kebolehan, dan mempunyai ciri-ciri keguruan yang positif dan kreatif untuk melaksanakan dan menjayakan kurikulum yang terbentuk.

Disamping merancang dan melaksanakan pengajaran di bilik darjah, guru juga boleh memilih bahan-bahan tambahan seperti buku kerja yang sesuai untuk muridnya, melibatkan diri secara aktif dalam aktivit kokurikulum serta menyediakan alat bantu mengajar yang sesuai.

c. Persediaan mengajar

Guru perlu merancang dan menyediakan persediaan mengajar sebelum memulakan sesuatu pengajaran. Persediaan mengajar melibatkan tiga peringkat. Iaitu perancangan mengajar, perancangan penyampaian pengajaran dan perancangan penilaian.

d. Perkembangan Langkah-langkah pengajaran

Guru perlu merancang permulaan pengajaran yang baik yang dapat menarik perhatian dan minat murid kepada pengajaran yang hendak disampaikan dan dapat menggalakkan pembelajaran. Set induksi juga digunakan bagi mengaitkan pelajaran yang lepas atau dengan pengetahuan sedia ada murid. Jangka masa yang baik bagi set induksi adalah antara tiga hingga lima minit.

Guru perlu merancang beberapa langkah yang berurutan, disusun dengan baik dan mencatat anggaran masa yang sesuai. Langkah-langkah yang dirancang ada kaitannya dengan objektif khusus yang sudah dicatatkan.

Dalam bahagian penutup, guru membantu murid menyimpul dan menegaskan kembali isi-isi penting serta memberi latihan atau aktiviti pengukuhan kepada pelajar.

Penilaian kendiri dibuat selepas guru selesai melaksanakan pengajaran sebagai refleksi atau muhasabah berkenaan pengajaran guru. Kekurangan dan kelemahan di dalam pengajaran tersebut perlu dibaiki dalam pelajaran akan datang. Antara perkara yang boleh dibuat refleksi ialah pencapaian objektif, disiplin kelas dan penglibatan murid serta keazaman guru bagi membaiki pengajarannya.

FORMAT RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KBSR SEMAKAN 2003

Mata pelajaran :
Kelas/ tingkatan :
Tarikh :
Masa :
Bilangan Pelajar :
Bidang :
Tajuk :
Pengetahuan Sedia Ada :
Hasil pembelajaran :
Aras 1 :
Aras 2 :
Aras 3 :
Kemahiran berfikir :
Penerapan Nilai :
Gabungjalin :
Penerapan/ Rentasan/ PAS/ KMD :
Bahan Bantu Mengajar :

About these ads

About guabama

Seorang guru biasa
This entry was posted in Pelbagai and tagged . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s