Aplikasi kaedah bacaan, penerangan dan perbincangan dalam aspek kefahaman ayat-ayat al-Quran.

Sila baca dan fahami kaeadh-kaedah berikut:
Kaedah bacaan, penerangan dan perbincangan.(Rujuk Nota kuliah/Buku Kaeadah Pendidikan Islam oleh Zawawi Haji Ahmad / Prinsip=Prinsip dan Metod Pendidikan Islam oleh Abdul Rahman An-Nahlawi)

Ayat kefahaman.

Ayat 1 hingga 5 surah al-`Alaq.

Baca dan teliti aplikasi kaedah bacaan, penerangan dan perbincangan dalam contoh pengajaran kefahaman ayat-ayat al-Quran yang disediakan di bawah ini .

Pelajaran Pendidikan Islam
Bidang Al-Quran
Masa 30 minit
Tajuk Kefahaman ayat 1 hingga 5 surah al-`Alaq
Kaedah Bacaan , penerangan dan perbincangan
Gabungjalin Membaca dan memahami ayat
Penyerapan Bahasa Arab, Bahasa Melayu (terjemahan) dan Aqidah tauhid al-Khaliq)
Nilai Yakin kepada kekuasaan Allah, yakin kepada ajaran al-Quran
Kemahiran berfikir Membuat refleksi ke atas diri sebagai makhluk ciptaan Allah
Sumber Mashaf Uthmani, Tafsir Pimpinan Ar-Rahman, kad erti perkataan, carta terjemahan ayat 1 – 5 al-`Alaq

:

Perkembangan langkah penyampaian.

Lihat Mashaf Uthmani.
Perhatikan ayat 1 – 5 surah al-`Alaq.

Bacaan
Guru membaca ayat tersebut (bacaan jahar)
Pelajar membaca ayat tersebut beberapa kali.

Lihat kad perkataan dan ertinya.

Penerangan
Guru menerangkan erti kalimah-kalimah daripada ayat tersebut.
Pelajar membaca kalimah-kalimah tersebut dan ertinya dalam Bahasa Melayu.

Guru membaca semula ayat tersebut
Pelajar membaca secara individu ( bacaan perlahan)

Lihat carta terjemahan ayat.

Guru menerangkan maksud tiap-tiap ayat 1 – 5
Pelajar membaca maksud setiap ayat 1 – 5
Guru menerangkan maksud keseluruhan ayat 1 – 5

Perbincangan
Pelajar berbincang dalam kumpulan kecil maksud ayat 1 – 5 surah al-`Alaq
Wakil kumpulan membentangkan hasil perbincangan

Pelajar membuat perkaitan maksud ayat dengan aspek aqidh

Pelajar membuat refleksi ke atas diri mereka sebagai makhluk Allah

Guru membuat rumusan maksud ayat tersebut.

RUMUSAN

Kefahaman ayat-ayat al-Quran perlu disampaikan dengan menggunakan kaedah – kaedah yang sesuai dengan aspek tersebut. Disamping itu aspek kesepaduan yang lain juga perlu diambil kira

About these ads

About guabama

Seorang guru biasa
This entry was posted in Pengurusan Kurikulum. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s