Asma’ Allah al-Husna

Pemetaan Blog
-
Komen Pelayar
guabama on TATACARA TUNTUTAN HARTA PUSAKA… guabama on Alat Kemahiran Berfikir CoRT… Norhayati Ayob on Alat Kemahiran Berfikir CoRT… mallinee on Alat Kemahiran Berfikir CoRT… zanariah on ISU-ISU WANITA : DALAM IBADAH … Azhar on Alat Kemahiran Berfikir CoRT… guabama on TATACARA TUNTUTAN HARTA PUSAKA… sham on TATACARA TUNTUTAN HARTA PUSAKA… iqwan on TATACARA TUNTUTAN HARTA PUSAKA… Wan fitri on Fatwa semasa mengenai hukum me… Arkib Negara
Senarai Kategori
Sembang-sembang
TAZKIRAH :
Surah Al-Nisa ayat 58. "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha mendengar lagi Maha Melihat."PERINGATAN PARA PENDIDIK :
Maksud Hadith Rasulullah SAW : Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah SAW telah bersabda ; "Sesiapa yang ditanya tentang sesuatu ilmu, kemudian dia menyembunyikannya, maka Allah akan rantai di hari kiamat nanti dengan rantai dari api neraka. (hadith riwayat Abu Daud).
Malaysia Negaraku

Kalender Bulan Ini
Kalendar Hijrah

Islamic Clock

Blogroll
- Al-Hamid
- Aman
- Cucu Tok Linggi
- Darul Fuqaha Bangi
- Darussyifa Bangi
- Gema Islam UKM
- Jabatan Mufti Pahang
- Kalamdamai Pahang FM
- Kelas Tahfiz Al-Quran dan Fardhu Ain
- Kementerian Pelajaran Malaysia
- Panitia Pendidikan Islam Johor Baharu
- Tabung Haji
- Ustaz Borhan Ariffin
- Ustaz Suhaimi IPGM KTAA
- Wacana Ilmu
- Wadah Orang Kampung
- WordPress.com
- WordPress.org
-
Senarai 10 Tajuk Terkini
-
guabama
- PANDUAN P&P PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 3 MENGGUNAKAN ALAT BERFIKIR CorT 1
- Panduan Menulis Rancangan Pengajaran Harian KSSR Pendidikan Islam.
- Nota PIM3103
- Aplikasi Kaedah Bacaan, Latih Tubi dan Hafazan
- Aplikasi kaedah bacaan, penerangan dan perbincangan dalam aspek kefahaman ayat-ayat al-Quran.
- APLIKASI KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
- PENGELOLAAN SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
- PRINSIP PENGAJARAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
- KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
- PENDEKATAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
-
-
Statistik Blog
- 53,680 hits
RENUNGAN :
1. Apa yang tidak tercapai seluruhnya, jangan ditinggal semuanya. 2. Ambillah sesuatu yang anda mampu mengerjakannya. 3. Empat faktor yang menyebabkan seorang layak menjadi pemimpin, yakni adabnya, kejujurannya, harga dirinya dan amanahnya. 4. Barangsiapa menyebarluaskan berita-berita kekejian yang didengarnya, maka dia seperti pelakunya. 5. Sebelum memberi nasihat kepada manusia dengan ucapanmu, berilah mereka nasihat dengan perbuatanmu.
SDr. saya telah membaca gagasan sdr namun pendekatan yang terbaik dalam pendidikan ialah institusi pondok dan moden dicantumkan.Kita kena balik apa yang dibuat diBukit berangan dahulu.Lihat blog saya sungaibatuderelong.blogsport.com
Dr Amindin Abdul Karim (mungkin waris sdr)
assalamualaikum w.b.t ya ustaz..
sy ad kmusykilan ni ustaz..
seorang yg tlh pn mninggal dunia tlh bpsan pada sorg anak angkat dy..jd lps dy mninggal, anak angkat dy yg turun naik kt jab. islam tuk agihkn harta pningglan tue seadil-adilnye coz si mati x de anak kandung…apabila diagihkan ad yg x puas ati wlaupn hamba Allah ni dah penat trun naik pej agama smata2 x nak ad yg tsisih dan Ad sengketa..jadi cam ne nak jlaskan prkara supaya psengketaan ni x blanjutan dan hbungan psaudaraan x putus smata2 kerna harta dunia yg akan kte tggalkan jgak 1 hari 6ti??
jazakallah hukhairan kathira ya ustaz..
ilalliqa’ ma’asslamah..
asslamualaikum
Waalaikum al-salam. Dalam kes ini si anak angkat perlu mendapatkan pertolongan dari ustaz atau sesiapa yang boleh mendapat kepercayaan dari ahli waris untuk menjelaskan tentang hak-hak ahli waris dan pembahagiannya mengikut hukum faraid. Ataupun pihak mahkamah syariah @ jab. Islam perlu menjelaskan sejelas-jelasnya tentang agihan mengikut hukum faraid. Allah telah menetapkan bahawa apabila berlaku kematian maka ahli waris perlu menyelesaikan pembahagian pusaka mengikut hukum faraid. Sebab itu ayat al-Quran menjelaskan pembahagian hukum faraid dengan jelas dalam ayat 11 – 12 surah al-Nisa’. Ahli waris tidak boleh melanggar perintah Allah dalam hal ini kerana ditakuti kita akan mengambil hak @ harta orang lain. Maka kita akan makan harta haram dan berdosa. Dalam kes ini anak angkat tiada hak memiliki harta pusaka. Dia hanya berhak memilik harta wasiat (tidak lebih 1/3 harta). Walau apapun ahli waris mesti reda dengan ketentuan pembahagian faraid. wallahu ‘alam.
Salam ustaz
Saya Hilmi Haniz, dari Selaongor.
Alhamdulillah masih ramai lagi pejuang-pejuang ilmu Allah terutamanya ilmu Faraidh.
Saya pun masih mentah lagi dalam ilmu ini.
Ini adalah blog Faraidh yang ala kadar shj,
http://www.edaurah.blogspot.com
Oleh itu saya minta tunjuk ajar dari Ustaz
jikalau ada apa-apa kesalahan.
Syukran
assalamualaikum w.b.t. ustad..
sya ingin btnye satu soalan..apkh hukumnye sekiranye sesuatu mjlis pkhwinan tersebut mgdakan Kumpulan gitar rancak(KUGIRAN) dlm mjlis tersebut? dn adkh dosa tersebut akn turut mlibtkn jemputan yg turut hdir dlm mjlis tersebut…
Majlis kenduri kahwin yang bercampur dengan unsur maksiat yang bercanggah dengan ajaran Islam adalah tidak dibenarkan (haram). Majlis tersebut tidak mempunyai barakah. Penganjur majlis maksiat dan yang menyokong serta meredai program tersebut adalah berdosa. Tetapi mereka yang pergi majlis kenduri tersebut atas dasar hadir kenduri kahwin sahaja tidak berdosa dengan syarat mereka tidak meredai program-program maksiat yang diadakan. Majlis hiburan kugiran jika tiada unsur-unsur lagha, maksiat, melalaikan dan unsur-unsur yang bercanggah dengan ajaran Islam adalah diharuskan. Dalam apa-apa hal dasar utamanya ialah tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Jika bercanggah maka berdosa.
assalamualaikum w.b.t.
seperti yg kita kthui suara bgi wanita adalah aurat..jd sye ingn btnye satu soklan,bagaimana pula wanita2 yg menyanyikan lagu nasyid yg brunsurkan dkwah islam?? adakah ia mjdi satu kslahn dn apkah kedudkn suara tersebut..haram atau diharuskn???
Walaikumussalam….. Tentang suara wanita, sebilangan ulama berpendapat suara wanita adalah aurat. Lelaki ajnabi dilarang mendengarnya kecuali kerana darurat. Mereka dapatkan hukum itu menerusi firman Allah yang bermaksud: Janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja semasa bercakap dengan lelaki asing, kerana yang demikian itu boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (al-Ahzab: 32). Larangan berkata-kata menunjukkan suara mereka adalah aurat dan haram didengar.
Sebahagian ulama fiqh berpendapat, suara wanita tidak termasuk aurat kerana Nabi pernah mendengar suara wanita. Sahabat-sahabat baginda juga pernah bercakap dengan mereka secara berhadapan. Banyak hadis yang boleh dirujuk dan menyentuh secara langsung perkara ini. Ulama hadis juga ramai yang menerima hadis daripada guru-guru wanita, sanad-sanadnya masih terpelihara hingga kini.
Ulama juga memutuskan, jika suara wanita itu mendatangkan fitnah, misalnya kerana suaranya merdu dan pertuturannya manja, maka haram didengar. Mungkin ayat 32 surah al-Ahzab yang disebutkan di atas berkaitan dengan wanita yang suaranya manja dan pertuturannya manis. Penceramah-penceramah wanita yang termasuk dalam kumpulan ini tidak salah jika lelaki mengambil keputusan untuk tidak menghadiri ceramahnya.
Sehubungan ini Dr. Nasr Farid Wasil, Mufti Mesir, berpendapat dan mengeluarkan fatwanya tentang hukum wanita membaca al-Quran di hadapan lelaki. Katanya:
“Islam tidak melarang wanita melakukan seberapa banyak amal kebajikan, bahkan merangsang supaya mengambil segala peluang yang ada, dengan syarat hendaklah menghormati batas-batas agama dan akhlak. Mereka dibenarkan membaca al-Quran di hadapan kaum lelaki dan memperdengarkan bacaannya kepada mereka, dengan syarat hendaklah mematuhi batas-batas agama dan dijamin tidak mendatangkan fitnah dan rasa ghairah lelaki kepadanya.”
Sehubungan itu, Allah melarang wanita secara umum dan isteri-isteri Nabi secara khusus, supaya tidak memanjakan suara kepada lelaki, nanti orang yang berhati busuk akan mencari jalan untuk melakukan sesuatu yang tidak bermoral. Saya lebih cenderung kepada fatwa ini kerana rasanya tidak adil jika wanita dibenarkan tanpa syarat menyertai majlis-majlis bukan agama, tetapi dilarang menyertai majlis-majlis agama dengan berbagai-bagai alasan.
assalamualaikum,ustaz..
sy masih tertanya-tanya dengan satu persoalan iaitu apa hukum klau seseorang lelaki/ wanita mmberi salam kpd ssorg yg b’lainan jantina dan yang bleh dikahwininya..apakah itu berdosa? krna saya pernah mdengar sorg ustaz myatakan mmberi salam dan mjawab salam dalam kes d atas adalh haram..harap ustz dpt jelaskan..wassalam
Waalaikumussalam. Memang ada pandang ulama’ mengharamkan buka mahram memberi dan menjawab salam dari bukan mahram. Malah ada yang berpendapat makruh. Pandangan mereka memang berdasarkan dalil-dalil sahih dari hadith Rasulullah saw. W/bagaimana pun kalau salam itu diucapkan secara umum kepada orang ramai yang merangkumi lelaki dan perempuan, maka diharuskan. Wallahu’alam.
assalamualaikum ustaz..
saya ingin bertanya satu soalan..apakah hukum bagi seorang wanita yang meletakkan gambarnya di dalam sebarang laman web sebagai contoh Facebook untuk di kenali kepada orang yang tidak dikenali..kedudukan gambar tersebut berada dalam keadaan yang berbeza(posing) walaupun wanita tersebut menutup aurat sepenuhnya…
Sila lihat blog : http://ktadfa.blogspot.com tentang aurat wanita.
assalamualaikum ustaz..
ape hukum org islam yang melihat sahabatnya,org bukan islam memegang ALQURAN d hadapannya?
sbb saya difahamkan dgn cara tersebut menunjukkan dia berminat dengan ISLAM..jadi bagi saya memegang itu tidak salah..
tapi secara hukum sebenar macam mana ustaz??
adakah haram, harus, atau mcm mana ??
Waalaikum salam.
Sila rujuk tafsir surah al-Waqiah ayat 77-81.
Orang yang tidak suci atau berhadas adalah dilarang memegang al-Quran. Saidina Umar (sebelum Islam) pernah dilarang oleh adiknya Fatimah dari memegang al-Quran dengan alasan dia najis. Oleh itu kita perlu menasihatkan orang bukan Islam supaya tidak memegang naskah al-Quran. W/bagaimanapun diharuskan orang bukan Islam memegang naskah al-Quran terjemahan untuk tujuan memahami al-Quran dan tujuan dakwah. Sila rujuk pandangan ulama tentang hukum memegang al-Quran dalam bab taharah.
Walllahu ‘alam.
syukran ya ustaz..alhamdulillah ana da faham..
assalamualaikum ustaz,
ustaz,
sepertimana yang kita selalu dgr
“inna a’malubinniat”
di sini saya bagi dua situasi:-
SITUASI 1~
seorang wanita berkata “ala saya tak suka hipokrit ni. munafik namanya. buat apa saya pakai tudung kalau niat saya tak ikhlas.”
baiklah ustaz saya amat tertarik dengan kenyataan wanita ini kerana nampak gayanya dia cuba bermain dengan kata2 seolah- olah dia mahu menghalalkan yang haram..
bagi saya,, menutup aurat itu WAJIB dan mahu atau tidak, dia perlu menunaikan tanggungjawab sebagai seorang hamba tidak kira niatnya ikhlas atau tidak. seorang ustaz telah pun memberi penjelasan mengenai hal ini namun saya kurang jelas dengan penjelasan tersebut.harap ustaz dapat menjelaskannya.
SITUASI 2:
seorang pelajar berkata ” kenapa la ustaz/ ustazah ni paksa2 kita pergi surau? pergi surau kan sunat. kalau niat x ikhlas, pergi surau pon x dapat pahala.”
bagi memberi komen tentang hal ini, saya sendiri masih lagi kurang arif. jadi saya amat berharap ustaz dapat memberi penjelasan tentang kedua-dua persoalan ini.
Hal ini kerana saya sentiasa dihujani persoalan2 seperti ini oleh kawan2. bimbang juga saya untuk memberi pendapat kerana saya bukan daripada ahli agama.
jazakallah..
PENYELESAIAN ISU INSAN JAHIL:
1. SITUASI 1~
seorang wanita berkata “ala saya tak suka hipokrit ni. munafik namanya. buat apa saya pakai tudung kalau niat saya tak ikhlas.”
Setiap amalan itu dimulai dengan niat. (Berdasarkan hadis Rasulullah SAW dari Saidina Umar al-Khattab). Berdasarkan situasi itu menunjukkan niat sebenar wanita tersebut ialah untuk tidak memakai tudung dengan alasan memakai tudung itu perlu ikhlas. Hakikat sebenarnya wanita ini boleh dianggap:
a. Jahil; kerana tidak mengetahui hakikat sebenar suruhan menutup aurat dan perintah Allah.
b. Lemah iman; kerana tidak melaksanakan perintah Allah, tidak yakin Allah Maha melihat perbuatannya. Pengertian iman ialah membenarkan dengan hati, diikrarkan dengan lisan dan dibuktikan dengan amalan dari perintah Allah.
c. Kufur; kerana engkar dengan perintah Allah dan memperkecilkan perintah Allah.
d. ‘Asi; kerana derhaka kepada Allah. Iaitu enggan melaksanakan perintah Allah dengan alasan yang sengaja dibuat-buat.
Menutup aurat adalah wajib berdasarkan dalil qat’i surah al-Nur ayat 30 – 31. Maka barang siapa yang engkar bermakna dia telah melakukan dosa. Peristiwa isra’ dan mikraj telah menggambarkan bagaimana orang tidak menutup aurat disiksa di neraka. Orang yang tidak menutup aurat itulah ‘orang munafiq’ bukannya orang yang menutup aurat dalam keadaan tidak ikhlas. Orang yang tidak menutup aurat ada 2 dosa iaitu dosa dirinya sendiri dan dosa menyebabkan orang lain berdosa kerana melihat auratnya. Orang yang menutup aurat tidak dalam keadaan ikhlas tidak mendapat dosa dan tidak menyebabkan orang lain berdosa, cuma dia tidak dapat pahala. Mana lebih baik di antara orang tidak menutup aurat dengan orang yang menutup aurat dalam keadaan tidak ikhlas.
2. SITUASI 2:
seorang pelajar berkata ” kenapa la ustaz/ ustazah ni paksa2 kita pergi surau? pergi surau kan sunat. kalau niat x ikhlas, pergi surau pon x dapat pahala.”
Situasi dua: Rasulullah pernah memerintah sahabat untuk membakar rumah sahabat yang tidak mahu ke masjid. W/bagaimana pun wanita tidak dipaksa untuk ke masjid atau surau. Tetapi dalam kes orang yang masih belajar dan menuntut ilmu, kehadiran ke surau atau masjid lebih banyak kebaikannya. Suruhan ustaz/ustaz ke surau bukan bertujuan untuk mendapat pahala. Memberi pahala itu hak Allah yang menentukan. Suruhan (paksaan) itu adalah untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar mendalami ilmu-ilmu Islam, merapatkan ukhwah islamiah, melatih diri berjemaah dan banyak lagi kebaikan tersembunyi yang tidak diperolehi dengan duduk di bilik dan di asrama. Persoalan ikhlas sering menjadi alasan bagi orang yang enggan melaksanakan perintah Allah. Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Wallahu ‘alam.
As’kum,
Boleh saya tahu apakah hak ibu tiri kepada pusaka arwah bapa kandung dan tidak mempunyai sebarang zuriat bahkan arwah ada saya seorang anak kandungnya yang dah mempunyai keluarga dan tiga orsng anak yang masih bersekolah rendah semuanya. Apakah pembahagian faraid kepada ibu tiri saya kerana dia tidak mahu ke pejabat agama unuk urusan faraid.
Jawapan untuk Muzani Bin Mohamad
Waalaikumsalam. Ibu tiri saudara dapat 1/8 bahagian harta dan saudara anak lelaki tunggal dapat asabah, iaitu menghabiskan baki harta yang tinggal. Dengan ini saudara mendapat 7/8 bahagian. Persoalannya tiga orang anak yang masih bersekolah rendah itu anak saudara atau adik beradik saudara. Kalau mereka anak saudara, maka mereka tiada kena mengena dengan harta pusaka bapa saudara. Kalau tiga orang itu adik beradik saudara, maka saudara tidak berhak 7/8 bahagian harta itu, malah kena agihkan mengikut kiraan faraid. wallahu’alam.
salam ustaz,sye seorang pelajar menengah menuntut di skola agame,tapi sekarang sye harus pindah ke singapore dan menuntut di skola inter nasional,(skola yg tidak pakai tudung) kerana keluarge sye mendapat musibah,.jadi,hari2 sye terpakse harus ke sekolah dengan tidak menutup aurat ,kate makcik sepupu sye,.ia dibole kan kerana masalah darurat.hati sye selalu tidak tenang menjalani hari2 sye dengan tidak menutup aurat,,apakah hukum nya ustaz? tolong jelaskan,.apakah sya akn dimurkai Allah? sye selalu berdoa agar Allah mengampuni segala dose sye,…bantula sye ustaz
Wassalam. Dalam kes ini belum boleh diistilahkan darurat kerana setahu saya di Singapura ada pusat-pusat pengajian dan sekolah-sekolah lain yang membenarkan pelajarnya menutup aurat. Saudari ada pilihan. Mana lebih penting tuntutan dunia atau tuntutan akhirat (Perintah Allah). Jika kita tolong Allah, maka Allah akan tolong kita. Banyakkan berdoa dan bermunajat dengan Allah mohon pertolongan dan dibuka pintu hati kita dan saudara mara kita agar mentaati perintah Allah. Banyakkan solat taubat dan hajat. Amalkan ayat 128 dan 129 surah al-Taubah selepas solat. Wallahu’alam.
As’kum,
Saya adalah anak tunggal dan tiada adik beradik sendiri mahupun tiri berlainan emak dan seoramg bapa. Semua kata-kata apabila arwah telah pergi tak menurut landasan agama ontoh paling mudah adalah arwah cakap dan bukan wasiat dan juga hutang arwah tak dimaklumkan sebelum arwah disemadikan tetapi lama selepas itu dan maklumat itu disampai melalui pengantara tetapi bukan saya sebagai waris tunggalnya. Rumah pusaka pun direbutkan ibu tiri yang seorang tiada sebarang waris selepasnya cuma adik beradik dan tidak mahu ke Pejabat A
gama melakukan faraid.
Sekiranya ada apa lagi yang kurang sila maklumkan.