Blog ini bertujuan untuk membicarakan perkara-perkara ilmiah dan memaparkan maklumat, bahan ilmiah dan ilmu pengetahuan berhubung dengan pendidikan dan Pendidikan Islam. Ia mengajak kita membuka minda dan merangsang para ilmuan dan akedamik memberi buah fikiran untuk kebaikan dunia dan akhirat.
Asma’ Allah al-Husna

Pemetaan Blog
-
Komen Pelayar
guabama on TATACARA TUNTUTAN HARTA PUSAKA… guabama on Alat Kemahiran Berfikir CoRT… Norhayati Ayob on Alat Kemahiran Berfikir CoRT… mallinee on Alat Kemahiran Berfikir CoRT… zanariah on ISU-ISU WANITA : DALAM IBADAH … Azhar on Alat Kemahiran Berfikir CoRT… guabama on TATACARA TUNTUTAN HARTA PUSAKA… sham on TATACARA TUNTUTAN HARTA PUSAKA… iqwan on TATACARA TUNTUTAN HARTA PUSAKA… Wan fitri on Fatwa semasa mengenai hukum me… Arkib Negara
Senarai Kategori
Sembang-sembang
TAZKIRAH :
Surah Al-Nisa ayat 58. "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha mendengar lagi Maha Melihat."PERINGATAN PARA PENDIDIK :
Maksud Hadith Rasulullah SAW : Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah SAW telah bersabda ; "Sesiapa yang ditanya tentang sesuatu ilmu, kemudian dia menyembunyikannya, maka Allah akan rantai di hari kiamat nanti dengan rantai dari api neraka. (hadith riwayat Abu Daud).
asalamualaikum..sya mohd sarudin dari program persediaan ijazah srjana muda perguruan tengku ampuan afzan pahang,sya nk btnya kn ustad satu soalan,antara memakan daging babi dengan memakan rasuah,manakah yang lbh bebhaya? adakah kedua duanya sma bahya? sya berharap ustad dpt mberikan pjelasan yang lbih mdalam kerana sya masih keliru dengan kedua duanya persamaan tersebut.
Makan daging babi dan makan rasuah adalah kedua-duanya daripada larangan Allah SWT. Melakukan kedua-duanya adalah berdosa. Walau bagaimana kedudukan dosa makan rasuah adalah termasuk kategori dosa besar. Ini kerana kesan daripada rasuah itu sangat berbahaya kepada umat manusia. Rasuah dalam apa keadaan sekalipun sama ada darurat atau tidak ianya tetap tidak diberi kelonggaran untuk melakukannya. Berbanding dengan memakan babi. Kita diharuskan memakan babi pada ketika darurat yang sekadar untuk mengelakkan kemudaratan. Lihat ayat al-Quran tentang pengharaman babi dan keharusan memakannya pada ketika darurat.
Sekian, Wallahu ‘alam.
Wassalamualaikum warahmatullah.
asalamualaikum..sya ada lagi satu soalan,dikatakan sekiranya kita tidur selepas subuh atau hampir masuknya waktu subuh,Allah S.W.T. tidak akan memberi rezeki dan pintu rezeki akan tertutup. namun begitu,di sini persoalannya adakah menjadi satu kesalahan sekiranya kita tidur pada waktu subuh yang mana pada ketika itu kita berada dalam keadaan yang terlalu mengantuk atau lebih tepat lagi dengan keadaan darurat sehingga melewatkan waktu subuh itu sendiri..adakah keadaan sebergini diharuskan oleh syarak..oleh itu,saya ingin meminta pndapat ustad berkenaan hal sebergini.
Meninggalkan solat subuh dengan sengaja adalah berdosa besar. Mengantuk bukanlah dalam kategori darurat. Kita mempunyai usaha dan ikhtiar untuk mengelakkan rasa mengantuk. Kalau terlalu mengantuk kita diharuskan tidur sebentar sekadar untuk menghilangkan rasa mengantuk. Dilarang tidur sehingga meninggalkan solat subuh jika kita telah terjaga dalam dalam waktu subuh. Tetapi jika kita tidur dari malamnya (dalam waktu isya) sehingga tersedar dari tidur di luar waktu subuh, maka subuh kita ialah apabila kita terjaga dari tidur. Dituntut kita mengerjakan segera solat subuh. Jika kita sudah terjaga dalam waktu subuh kemudian kita tidur semula maka berdosa kita jika meninggalkan solat subuh. Bangun awal pagi sekitar jam 5.00am perlu dijadikan kebiasaan dalam hidup (pelaziman). Ini juga bergantung kepada keimanan kita kepada Allah. Dalam soal solat fardu, kita mesti tanamkan dalam diri untuk sentiasa melaksanakannya di awal waktu dan jangan memandang mudah kepada solat sehingga sering melewatkan solat. Neraka wil bagi orang yang melalaikan diri dengan solat. Kita jangan suka mencari alasan untuk melengah-lengahkan mengerjakan solat fardu. wallahu ‘alam.
asalamualaikum..saya ingin btnya ustad,kerja kursus pendek yang ustad bagi ari 2 kne bt sume tjuk atau pilih mana2 satu tjuk seperti bhgn aqidah,ibdah,akhlak dan sirah? atau perlu di buat semua bhgn2 tersebut? saya hrap ustad dapt mjwabnya dengan sebrapa segera..
Waalaikumusalam. Buat semua bahagian seperti arahan.
asalamualaikum..ustad kerja kursus pai 2 antar ble? sbb ari jmaat kami smua kne prgi kuala lumpur..
Sila hantar segera sebelum 12 Okt 2009.