Kuliah Faraid Siri 1

1.2. Matlamat Mempelajari Ilmu Faraid

Mempelajari ilmu faraid merupakan satu keperluan. Hukum mempelajarinya adalah fardhu kifayah. Ini bererti hendaklah ada di antara kita yang mempelajarinya dan kalau semua orang meninggalkannya nescaya berdosalah semua mereka.

Walaupun mempelajarinya fardhu kifayah kita tidak boleh menafikan keperluan ilmu ini disampaikan kepada semua umat Islam khususnya bagi memberi kefahaman asas dan menyelesaikan permasalahan yang timbul dari kes-kes tuntutan harta pusaka. Justeru itu mempelajari ilmu faraid mempunyai matlamat-matlamat tertentu, di antaranya :

Untuk mengetahui apakah sesuatu harta itu harta pusaka atau tidak. Selalunya dalam soal harta ini banyak persoalan yang dibangkitkan mempunyai hubung kait dengan hibah dan wasiat. Pengesahan hibah atau wasiat perlu ditentukan terlebih dahulu sebelum harta pusaka itu difaraidkan. Sekiranya hibah itu sah, maka harta itu tidak lagi menjadi pusaka. Begitu juga sekiranya wasiat itu sah, harta yang diwasiatkan itu hendaklah diberikan kepada penerima wasiat dan tidak difaraidkan. Itulah sebabnya ilmu faraid dikatakan ilmu yang berkaitan rapat dengan hukum hibah dan wasiat.

Untuk mengetahui siapakah yang berhak mewarisi pusaka dan siapa pula yang tidak berhak. Perkara ini terkandung dalam ilmu Nasab, sebab dan syarat mewarisi, fasal terdinding atau gugur dan halangan daripada menerima pusaka.

Untuk mengetahui kadar bahagian setiap ahli waris. Perkara ini terkandung dalam kaedah pembahagian, fasal mewarisi secara fardhu dan asabah. Ia melibatkan masalah cAul, Musytarikah, Muqasamah dan sebagainya.

Untuk mengetahui tatacara pembahagian dan kaedah pengiraan, iaitu bagi membolehkan kita mengetahui bahagian bagi setiap ahli waris.

Kesimpulannya, matlamat mempelajari ilmu faraid ialah untuk mengetahui siapa yang berhak menerima harta pusaka dan menentukan bahagian-bahagian yang sepatutnya diterima.

Advertisements

About guabama

Seorang guru biasa
This entry was posted in Ilmu Faraid. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s