Kuliah Faraid Siri 2

1.3. Faedah Mempelajari Ilmu Faraid

Rasulullah s.a.w. meletakkan ilmu ini di tempat yang sangat tinggi berbanding dengan ilmu-ilmu yang lain. Baginda s.a.w. bersabda yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Amir bin al-‘As :
العلم ثلاثة وما سوى ذلك فهو فضل آية محكمة أو سنة قائمة أو فريضة عادلة
Maksudnya : Ilmu itu ada tiga dan selain daripada tiga itu hanyalah sebagai lebihan sahaja, iaitu Ayat Muhkamah (ayat hukum yang tidak dimansuhkan), sunnah yang sahih diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. dan ilmu untuk membahagikan harta pusaka yang adil.
(Riwayat Abu Daud dan Hakim)

Lantaran itu mempelajari ilmu faraid mempunyai banyak faedah, di antaranya adalah seperti berikut :

Menjamin kelangsungan ilmu faraid dan seterusnya menyelesaikan fardhu kifayah dalam masyarakat supaya ilmu ini tidak dilupakan serta tidak pupus ditelan zaman.
Mernghindarkan kita daripada memakan harta dengan cara batil. Firman Allah :
Maksudnya : Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil,…………..(29)

Menghindarkan kita daripada merampas atau memiliki tanah dan harta kepunyaan orang lain terutama saudara-saudara dan kaum kerabat sendiri.
Menghindarkan salah faham dan pertelingkahan di kalangan ahli waris yang boleh membawa kepada putusnya hubungan silaturahim dan memporak-perandakan institusi keluarga.
Menyedarkan waris-waris agar menyelesaikan pembahagian pusaka dengan segera bagi mengelakkan penangguhan pembahagian sehingga bertahun-tahun.
Waris-waris akan bertanggungjawab dan prihatin dalam pengurusan harta pusaka. Secara tidak langsung akan mewujudkan keharmonian dan kesejahteraan keluarga.

Advertisements

About guabama

Seorang guru biasa
This entry was posted in Ilmu Faraid. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s