MODUL PERSEDIAAN BELAJAR

Barisan Pendidik SMK Kg. Awah 2005
MODUL PERSEDIAAN BELAJAR

PENGENALAN

Peratus pencapaian gred cemerlang pelajar-pelajar bagi mata pelajaran Pendidikan Islam dalam peperiksaan PMR dan SPM belum begitu membanggakan. Peratus yang lulus menampakkan peningkatan. Rungatan guru-guru yang mengajar mata pelajaran ini adalah ‘pelajar kurang atau tidak minat belajar dengan pendidikan Islam’. Pelajar-pelajar pula mengadu ‘belajar Pendidikan Islam adalah susah, tidak menarik dan membosankan’. Di antara lainnya, laporan Jemaah Nazir Sekolah berpendapat bahawa kaedah dan strategi pengajaran bagi mata pelajaran ini secara umum adalah secara tradisional dan kurang mengambil kira keperluan pembelajaran pelajar-pelajar majoriti. Gambaran ini menunjukkan bahawa potensi dan ruang untuk meningkatkan lagi pencapaian pelajar dalam pembelajaran dan juga prestasi peperiksaan mereka masih ada dan masih banyak.

Pembelajaran merupakan proses yang amat kompleks dan memerlukan pendekatan yang pelbagai untuk menjadikannya lebih menarik, menyeronokkan dan berkesan. Atas hasrat dan matlamat ini maka satu modul persediaan belajar perlu dibina untuk membantu para pelajar bersedia terlebih dahulu sebelum mempelajari sesuatu topik atau sub topik. Modul ini merupakan pembuka jalan kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih menyeronokkan dan memberangsangkan minat mendalami ilmu Pendidikan Islam.

RASIONAL

Terdapat guru-guru mengatakan susah mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam kerana pelajar tidak berminat dan tidak bersedia mempelajarinya. Pelajar pula mengatakan mengikuti pelajaran Pendidikan Islam adalah membosankan, susah dan tidak menarik.

OBJEKTIF

1. Menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih kreatif dan inovatif yang memberikan penekanan kepada proses penerapan kemahiran membaca, kemahiran berfikir, kemahiran mencari maklumat di kalangan pelajar secara berpandu.
2. Memberi kemahiran memilih dan menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang menarik kepada guru dan pelajar.
3. Menyebarkan budaya inovasi dan kecenderungan untuk menghasilkan bahan-bahan dan strategi luar biasa P & P di kalangan guru.
4. Mengaplikasikan buku panduan pengajaran guru Pendidikan Islam dalam proses P & P.

DRAF INTIPATI MODUL PERSEDIAAN BELAJAR

Modul ini dibina untuk memudahkan para pelajar melakukan persedian awal secara berpandu sebelum mempelajari sesuatu topik. Di samping itu para pelajar akan mengetahui apakah yang perlu dan hendak dipelajari oleh mereka. Pelajar juga akan mengetahui perkara yang perlu dinilai ke atas mereka. Modul ini mengandungi perkara-perkara berikut :

1. Bahagian (Al-Quran dan Hadith – Tilawah, Hafazan, Kefahaman) (Ulum Syariah – Aqidah, Ibadah, Sirah, Tamadun Islam, Adab dan Akhlak Islamiah)
2. Topik untuk dipelajari.
3. Tarikh akan dipelajari.
4. Bahan.
5. Sumber / Rujukan pelajar.
6. Isi pelajaran
7. Objektif yang perlu pelajar capai.
8. Aktiviti Persediaan.
9. Aktiviti Perkembangan
10. Aktiviti Pemulihan/Pengayaan
11. Penilaian

CONTOH MEMBINA MODUL PERSEDIAAN PELAJAR :
Guru-guru secara kreatif dan inovasi boleh menyediakan modul persediaan belajar kepada pelajar-pelajar berdasarkan situasi dan kemampuan pembelajaran pelajar. Guru-guru tidak semestinya terikat dengan format modul ini. Modul ini merupakan panduan kepada guru-guru untuk memperkembangkan proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Di bawah ini akan dijelaskan bagaimana membina modul persediaan belajar

PENERANGAN APLIKASI MODUL PERSEDIAAN BELAJAR

PERATURAN

Mata pelajaran ini telah disesuaikan untuk memberi peluang kepada anda untuk belajar secara ‘bebas tersusun’. Anda dikehendaki melibatkan diri dalam aktiviti persediaan, perkembangan, pengayaan/pemulihan dan penilaian semasa proses pembelajaran sesuatu topik. Penglibatan anda secara serius dan aktif adalah prasyarat penting. Anda dikehendaki melibatkan diri sepenuhnya dalam tugasan yang ditetapkan. Oleh itu kehadiran anda adalah wajib apabila anda ditugaskan menjalankan aktiviti. Anda juga dikehendaki menghantar tugasan-tugasan pada waktu yang ditentukan oleh guru.

BAHAGIAN

Bahagian adalah bahagian-bahagian yang telah ditetapkan dalam mata pelajaran Pendidikan Islam KBSM. Ianya merangkumi Bahagian Al-Quran dan Hadith (yang terdiri daripada Tilawah, Hafazan, Kefahaman), Bahagian Ulum Syariah (yang terdiri daripada Aqidah, Ibadah, Sirah dan Tamadun Islam serta Adab dan Akhlak Islamiah)

TOPIK

Topik ialah tajuk yang akan anda pelajari pada hari, waktu dan masa yang telah ditetapkan.

TARIKH

Tarikh untuk proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

BAHAN

Bahan ialah bahan bantu belajar yang bersesuai dengan topik pembelajaran

SUMBER/RUJUKAN

Sumber adalah sumber pembelajaran yang boleh membantu anda mendapatkan maklumat berkaitan topik yang anda pelajari contohya; al-Quran, terjemahan dan tafsir al-Quran, Kaset, CD, VCD, DVD, Foto dan gambar, internet dan lain-lain.

Rujukan adalah merujuk kepada bahan-bahan bacaan seperti buku, kitab, majalah, akhbar, bahan internet dan lain-lain.

ISI PELAJARAN

Isi pelajaran adalah kandungan pelajaran yang telah ditetapkan dalam Huraian Sukatan Pelajaran dan dijelaskan dalam buku teks.

OBJEKTIF

Objektif ialah perkara yang perlu anda capai dalam proses pembelajaran.

AKTIVITI PERSEDIAAN

Anda dikehendaki melakukan persediaan awal bagi sesuatu topik yang akan dipelajari. Modul ini akan memandu anda untuk melakukan persediaan dari segi isi dan objektif pelajaran, sumber dan rujukan. Persediaan awal ini perlu untuk mempercepatkan anda memahami sesuatu topik yang anda hendak pelajari.

AKTIVITI PERKEMBANGAN

Anda dikehendaki terlibat secara aktif dalam semua aktiviti pembelajaran dalam kelas. Penglibatan ini menggambarkan kejayaan dan kemajuan anda. Hasil kerja anda dalam setiap aktiviti mencerminkan kejayaan anda memahami mata pelajaran ini. Anda dikehendaki bekerjasama dengan rakan-rakan dalam setiap aktiviti yang ditetapkan oleh guru. Sila berjumpa dengan guru anda jika hasil kerja anda tidak mencapai sasaran yang diharapkan.

AKTIVITI PEMULIHAN / PENGAYAAN

Aktiviti pemulihan yang disediakan adalah untuk membantu anda menguasai ilmu yang anda pelajari. Anda dikehendaki bersungguh-sungguh untuk melepasi tahap pemulihan.

Aktiviti pengayaan yang disediakan adalah untuk membantu anda mendalami lebih lanjut ilmu yang anda pelajari. Aktiviti ini adalah untuk merangsang daya intelek anda. Anda perlu belajar secara akses kendiri bagi mempertingkatkan pengetahuan anda terhadap topik yang anda pelajari.

PENILAIAN

Anda dikehendaki melibatkan diri dalam aktiviti penilaian. Aktiviti penilaian bertujuan untuk melihat tahap kefahaman dan pencapaian anda terhadap sesuatu topik yang telah dipelajari. Ia juga bertujuan mengukur sejauhmana objektif pembelajaran anda telah tercapai.

CONTOH MODUL PERSEDIAAN BELAJAR
PENDIDIKAN ISLAM
TINGKATAN LIMA

MODUL 1

AYAT KEFAHAMAN

TOPIK : Surah al-Taubah : ayat 6
Layanan baik terhadap orang bukan Islam

TARIKH : ………………………………………………………

BAHAN : Kertas mahjong/kad manila/alat tulis/komputer dan
keperluannya/gambar-gambar berkaitan topik.

SUMBER : al-Quran / Tafsir al-Quran / VCD / DVD / CD

RUJUKAN : Buku teks muka surat 1
Tafsir Pimpinan al-Rahman, Buku ulangkaji,
Pelbagai buku agama berkaitan tajuk keampunan dan
rahmat Allah.
Laman sesawang atau blog berkaitan tajuk.

ISI PELAJARAN : Isi pembelajaran anda adalah seperti berikut:
1. Pembacaan al-Quran.
2. Terjemahan dan kefahaman ayat.
3. Maksud : “al-Musyrikin” / “Konsep Perdamaian” / “Memberi maaf apabila diminta”.
4. Tanggungjawab muslim selepas perdamaian.
5. Strategi dakwah.
6. Kepentingan dan kebaikan memberi layanan baik kepada bukan Islam.
7. Kesan peperangan dan perdamaian
8. Pengajaran ayat.

OBJEKTIF : Di akhir pembelajaran anda akan dapat :
1. Menjelaskan kefahaman keseluruhan ayat.
2. Menguasai isi-isi pelajaran.
3. Mengemukakan pengajaran ayat.
4. Menyelesaikan item-item penilaian.

AKTIVITI PERSEDIAAN :

1. Anda dikehendaki membaca ayat 6 surah al-Taubah secara bertajwid.
2. Memahami maksud terjemahan ayat 6 surah al-Taubah.
3. Menyediakan nota ringkas berkaitan isi pelajaran.
4. Melakukan rujukan melalui buku-buku, kitab-kitab dan internet.

AKTIVITI PERKEMBANGAN :

1. Beberapa orang murid akan dipilih untuk membaca surah al-Taubah ayat 6 secara bertajwid.
2. Secara berkumpulan anda dikehendaki membincangkan dan membentangkan tajuk-tajuk berikut :
• Kumpulan 1 : Terjemahan dan maksud keseluruhan ayat.
Maksud kalimah “musyrikin”
• Kumpulan 2 : Konsep perdamaian dan tanggungjawab muslim selepas
perdamaian.
• Kumpulan 3 : Strategi berdakwah.
• Kumpulan 4 : Kepentingan dan kebaikan memberi layanan baik kepada
bukan muslim
• Kumpulan 5 : Kesan peperangan dan perdamaian.
3. Setiap kumpulan dikehendaki membentangkan hasil perbincangan kumpulan secara paparan pada kertas mahjong atau kad manila atau paparan LCD.
4. Anda dikehendaki mencatat setiap hasil perbincangan dalam bentuk peta minda.

AKTIVITI PEMULIHAN/PENGAYAAN :

1. Jika anda tidak berjaya menguasai isi pembelajaran, maka anda dikehendaki:
a. menulis terjemahan ayat 6 surah al-Taubah.
b. menyenarai perintah-perintah Allah dalam ayat 6 surah al-Taubah.
2. Jika anda berjaya menguasai isi pembelajaran, maka anda dikehendaki:
a. mengemukakan pengajaran ayat.
b. mencari maklumat tentang kejayaan PERKIM membimbing saudara-saudara baru yang memeluk Islam.

PENILAIAN

1. Anda dikehendaki menjawab semua soalan penilaian di dalam buku teks muka surat 9.
2. Anda dikehendaki menyelesaikan lembaran-lembaran kerja yang akan diedarkan oleh guru.
3. Anda dikehendaki menilai diri anda melalui ‘borang refleksi murid’ yang akan diedarkan oleh guru.

Advertisements

About guabama

Seorang guru biasa
This entry was posted in Pendidikan Islam Menengah and tagged . Bookmark the permalink.

2 Responses to MODUL PERSEDIAAN BELAJAR

  1. Najihah berkata:

    Salam…laman yang agak membantu saya.. Saya sedang mencari ‘Cara menggunakan buku teks PI dengan betul dlm P&P’ dan kegunaan ‘buku panduan guru dal subjek PI’
    jazakallah…

  2. ekosulistio berkata:

    makasih infonya… sangat membantu.. tak tunggu kunjungan baliknya

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s