ENAM PERKARA HINDARKAN MAKSIAT

6 PERKARA HINDARKAN MAKSIAT..
Mendapat hidayah dari Allah merupakan satu anugerah yang paling besar. Ayah Nabi Ibrahim yang bernama Azhar kerana tidak mendapat hidayah tetap menjadi kafir sehingga akhir hayatnya.
Abu Jahal, bapa saudara nabi s.a.w kerana tidak mendapat hidayah juga mati dalam kekufuran. Begitulah yang lain-lainnya seperti isteri dan anak-anak nabi Nuh assalatuwassalam.
Biasanya mereka yang mendapat petujuk dari Allah sajalah yang mendapat hidayah. Samalah dengan kisah Ibrahim Bin Adham seoarang ahli sufi terkenal yang mencapai tahap wali Allah kerana mendapat hidayah. Ibrahim Bin Adham seoarang ahli sufi yang warak dan dianggap mencapai taraf wali Allah. Beliau mendapat pimpinan dari Allah dan perkataan beliau yang diucapkan banyak mengandungi hikmah.
Suatu ketika beliau didatangi oleh seorang lelaki dan berlakulah satu dialog seperti berikut:
Lelaki: Wahai Abu Ishak(panggilan kepada Ibrahim Bin Adham), aku seorang lelaki penuh dengan dosa dan kezaliman, ajarkanlah aku agar hidup zuhud. Aku mengharap kamu memberi petunjuk jalan yang benar dan membuka hatiku yang gersang.
Ibrahim: Apabila dirimu dapat berpegang teguh dengan enam perkara, tentu kamu akan mendapat keselamatan di dunia dan akhirat. Pertama, manakala kamu melakukan maksiat, janganlah kamu makan rezeki dari Allah.
Lelaki:Seluruh penjuru dunia mahupun di timur dan juga di barat, di darat dan juga di laut, di lembah dan juga di gunung semuanya merupakan rezeki Allah, kalau begitu dari mana aku mahu mendapatkan makanan selain dari rezeki Allah?..
Ibrahim: Wahai saudaraku, wajarkah kamu makan rezeki Allah sedangkan kamu derhaka kepadanya?Kedua, apabila kamu berbuat maksiat jangan kamu tinggal diami di mana-mana tempat kepunyaan Allah.
Lelaki:Abu Ishak, demi Allah yang kedua ini lagi berat bagiku. Bukankah seluruh alam ini kepunyaan Allah? Kalau demikian di manakah harus aku tinggal?
Ibrahim: Tentu tidak patut sama sekali kamu makan dan tinggal di bumi Allah sedangkan kamu menderhakainya. Ketiga, andainya kamu berbuat maksiat, anggaplah bahawa Allah itu lalai dan lupa kepada kamu dan Allah tidak melihat apa yang kamu lakukan.
Lelaki: Mana mungkin aku berbuat demikian padahal Allah maha melihat ,maha mengetahui segala rasa dan gerak hati nurani manusia. Allah tidak pernah lalai, leka, mengantuk dan tidur.
Ibrahim: Layakkah kamu berbuat maksiat sedangkan Allah sentiasa melihat dan mengawasi segala gerak geri laku dan batin kamu. Allah tahu apa yang berlaku dan akan berlaku. Keempat, Takala Malaikat Maut datang kepada kamu dan hendak mencabut nyawa kamu katakan kepadanya” tunggu sebentar, aku mahu bertaubat dulu sebelum mati”.
Lelaki: Ini suatu hal yang mustahil, dan tentu sekali permintaan ku tidak dimakbulkan.
Ibrahim: Kamu sedar dan insaf bahawa tidak dapat menolak keinginan Malaikat Maut tentu dia akan datang kepada kamu bila-bila masa saja malah sebelum dirimu sempat bertaubat. Malah kematian itu tidak dilewatkan walaupun sesaat.
Lelaki: Semasa hidup ini banyak perkara yang tidak dikehendaki tetapi jua berlaku sebagai tanda lemahnya diri ini menentang kehendak Allah, apatah lagi sesudah mati.
Ibrahim: Kamu tahu dan sedar tidak mampu melawan Mungkar dan Nakir tentu lebih mudah melawan nafsumu dari mendorong kepada maksiat. Keenam, Manakala kamu berada di depan Allah di akhirat dan Allah menyuruh kamu masuk ke neraka kerana kamu berbuat maksiat ketika hidup, katakan kepada NYA: YA, Allah aku tidak mahu dan aku tidak bersedia masuk ke nerakaMU”.
Lelaki: Cukuplah wahai Abu Ishak, sesungguhnya enam perkara ini sangat berat bagiku melakukannya. Aku telah sedar dan mengerti, hati aku juga merasa lega kerana memperolehi panduan yang sangat berguna untuk aku meninggalkan maksiat dan mendorong berbuat taat dan kesyukuran kepada Allah.

Advertisements

About guabama

Seorang guru biasa
This entry was posted in Tazkirah. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s