DISERTASI SARJANA PENGAJIAN ISLAM (SYARIAH) UKM

PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP KEPERLUAN ILMU FARAID DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM KBSM
ZULQUARNAIN BIN ALI
JABATAN SYARIAH
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

ABSTRAK

Ramai di kalangan masyarakat khususnya umat Islam di Malaysia tidak memahami hukum faraid dan cara-cara pembahagiannya. Persoalan mengenai siapakah yang berhak mendapat pusaka dan penetapan bahagian masing-masing tidak ramai yang dapat menjawabnya. Implikasi buruk yang timbul adalah wujud perbalahan dan pertelingkahan di kalangan ahli waris, pembahagian yang tidak teratur, penyalahgunaan harta anak yatim, kelewatan pembahagian harta pusaka dan merugikan ekonomi seperti harta statik tidak terurus atau pemilikan beramai-ramai ke atas sebidang tanah yang kecil. Berlakunya masalah ini disebabkan masyarakat tidak diberikan pendedahan asas terhadap ilmu faraid di peringkat persekolahan. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti dan menganalisis persepsi masyarakat terhadap keperluan ilmu faraid dalam kurikulum Pendidikan Islam KBSM. Untuk tujuan ini, seramai 150 orang masyarakat dan 150 guru Pendidikan Islam di sekitar Putrajaya, Bandar Baru Bangi, Temerloh dan Kuala Lipis telah dipilih menjadi responden kajian ini dengan menggunakan kaedah two-stage random sampling yang menggabungkan persampelan berkelompok (cluster sampling) dan persampelan rawak berstrata (stratified random sampling). Keseluruhan data kajian telah dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS version 11.0 secara deskriptif dan inferensi. Hasil kajian mendapati tahap kefahaman masyarakat terhadap ilmu faraid masih lemah. Ini disebabkan majoriti masyarakat tidak mendapat pengetahuan ilmu faraid secara formal. Berbanding tahap kefahaman guru-guru Pendidikan Islam adalah sederhana tinggi kerana mereka mendapat pengetahuan asas ilmu faraid semasa di sekolah dan pusat pengajian tinggi. Walau bagaimanapun kedua-dua masyarakat dan guru-guru Pendidikan Islam telah memberikan persepsi yang positif terhadap keperluan ilmu faraid dalam kurikulum Pendidikan Islam KBSM. Kesemua faktor-faktor demografi yang terdiri daripada faktor jantina, umur, tahap pendidikan Islam dan lokasi tidak memberikan kesan perbezaan yang signifikan terhadap persepsi masyarakat dan guru-guru Pendidikan Islam kepada keperluan ilmu faraid dalam kurikulum Pendidikan KBSM. Kajian ini juga mendapati bahawa pihak Kementerian Pelajaran Malaysia masih belum mengadakan sebarang perancangan untuk memasukkan ilmu faraid dalam kurikulum Pendidikan Islam KBSM. Dapatan kajian ini boleh dijadikan asas kepada penggubal kurikulum dan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menilai sama ada ilmu faraid perlu atau tidak dijadikan sebagai sebahagian kurikulum Pendidikan Islam. Hasil kajian ini juga dapat membantu agensi-agensi yang bertanggungjawab dalam pengurusan harta pusaka untuk merangka pelan dan strategi bagi meningkatkan kefahaman masyarakat tentang pentingnya mempelajari ilmu faraid.

Advertisements

About guabama

Seorang guru biasa
This entry was posted in Ilmu Faraid. Bookmark the permalink.

2 Responses to DISERTASI SARJANA PENGAJIAN ISLAM (SYARIAH) UKM

  1. Ahmad Amran bin Mohd Rodi berkata:

    Saya berminat untuk membaca tesis tuan, bagaimana saya boleh mendapatkannya?

    • guabama berkata:

      Sila ke Perpustakaan Tun Sri Lanang UKM atau Pusat Pengajian Siswazah Fakulti Pengajian Islam UKM – Disertasi Sarjana Syariah FPI UKM Tahun 2010.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s