KULIAH FARAID SIRI 4

FARAID MENURUT ZAMANNYA
1. ZAMAN AWAL ISLAM
Pada zaman permulaan Islam, masyarakat Islam ketika itu menggunakan sistem pembahagian pusaka Jahiliyyah di mana semua ahli waris menerima pusaka kecuali perempuan dan kanak – kanak. Pada yang sama juga masyarakat Islam mementingkan perjanjian di antara satu sama lain. Perjanjian yang dimaksudkan ialah saling bantu membantu di antara satu sama lain termasuklah di kalangan sahabat Rasulullah serta kaum kerabat.
2. ZAMAN SEMASA HIJRAH
Apabila berlaku peristiwa Hijrah, Rasulullah telah mempersaudarakan di antara Muhajirin dan Ansar di mana melalui persaudaraan itu , mereka juga berhak menerima pusaka sebagai tambahan kepada sistem yang ada sebelum itu.
3. ZAMAN SELEPAS HIJRAH
Setelah peristiwa Hijrah Rasulullah, syariat Islam berkembang luas di dalam kehidupan masyarakat dan turunlah ayat- ayat Al -Quran menyentuh soal peraturan hidup di antaranya untuk menentukan pewaris harta pusaka si mati melalui wasiat. Justeru itu seseorang yang hampir mati wajib berwasiat. Hukum ini kekal sehingga turun ayat ketentuan dari Allah mengenai Faraid. Namun apa yang diwasiatkan hendaklah dipatuhi termasuklah penyerahan harta pusaka kepada waris kecuali orang -orang yang mendapat Fardhu dengan syarat penyerahan harta itu tidak melebihi 1/3 dari keseluruhan harta si mati.
Dalam masa yang sama Allah mewajibkan umat Islam melaksanakan Hukum Faraid serta tidak boleh mempertikaikan ketentuan Allah itu. Pengabaian terhadap Hukum Faraid ini boleh mengakibatkan seseorang itu memakan harta secara batil ; mungkin memakan harta anak yatim, saudara-saudaranya dari kalangan waris atau Baitul Mal. Walaubagaimanapun, apa yang perlu kita ambil perhatian ialah ancaman azab Allah yang dahsyat bagi mereka yang mengingkari hukum ini.

Advertisements

About guabama

Seorang guru biasa
This entry was posted in Ilmu Faraid and tagged . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s