Kuliah Faraid Siri 5

RUKUN PEWARISAN
Sistem pusaka Islam mempunyai rukun-rukunnya. Tanpa rukun ini, pusaka mempusakai tidak akan berlaku. Rukun-rukun tersebut terbahagi kepada tiga :

1. al-Muwarrrith.
– iaitu pewaris yang mati, sama ada mati secara hakiki, hukmi atau taqdiri.
– Kematian hakiki : kematian seseorang dapat disaksikan dengan mata kasar oleh sekurang-kurang 2 orang saksi atau ada tanda kematian seperti kubur.
– Kematian hukmi : kematian yang diputuskan oleh hakim.
– Kematian taqdiri : kematian melalui andaian seperti bayi yang dilahirkan mati kerana perbuatan jenayah ke atas ibunya.

2. al-Warith.
– ialah orang yang akan mewarisi harta pusaka (ahli waris).
– Ada sebab-sebab pewarisan dan tiada halangan pewarisan.
– Waris herndaklah hidup semasa kematian pewaris walaupun seketika.

3. al-Mawruth.
– ialah harta benda atau hak-hak yang ditinggalkan oleh pewaris yang mati.
– Sama ada harta alih atau harta tidak alih.

SEBAB-SEBAB PEWARISAN
Di antara sebab-sebab pewarisan yang disepakati ulama :

1. Kerabat atau Keturunan.
2. Perkahwinan.
3. Wala’.
4. Islam atau Baitulmal (Pendapat Mazhab Shafie dan Maliki).

SYARAT-SYARAT PEWARISAN
Terdapat 3 syarat pewarisan dalam undang-undang pusaka Islam :

1. Kematian Pewaris.
2. Kewujudan Waris.
3. Mengetahui status dan habuan waris serta tiada halangan pewarisan.

HALANGAN-HALANGAN PEWARISAN
Seseorang waris kepada si mati tidak akan mewarisi harta pusaka sekiranya dia mempunyai salah satu daripada halangan-halangan pewarisan berikut :

1. Pembunuhan.
2. Perhambaan.
3. Perbezaan Agama.
HALANGAN TAMBAHAN :
4. Anak zina dan li’an.
5. Murtad.
6. Perceraian secara ba’in.
7. Berlainan negara (pendapat mazhab Hanafi).
JENIS-JENIS WARIS

Terdapat 3 jenis ahli waris yang berhak mendapat harta pusaka :

1. Ashab al-Furud
– ialah waris-waris yang telah ditetapkan bahagian mereka dalam pembahagian bpusaka menurut al-Quran, al-Sunnah dan ijmak.
– Mereka merupakan orang yang paling utama dan didahulukan dalam pembahagian harta pusaka.
– Terdiri daripada 12 orang iaitu :
i. suami.
ii. Isteri.
iii. Ibu.
iv. Bapa.
v. Datuk (bapa kepada bapa)
vi. Nenek (ibu kepada ibu dan ibu kepada bapa)
vii. Anak perempuan.
viii. Cucu perempuan (anak perempuan kepada anak lelaki)
ix. Saudara perempuan seibu sebapa.
x. Saudara perempuan sebapa.
xi. Saudara perempuan seibu.
xii. Saudara lelaki seibu.

2. Asabah
– ialah waris lelaki kepada si mati yang tidak diselangi oleh perempuan.
– Mereka tidak mempunyai bahagian tetap dan ini menyebabkan mereka kadangkala :
i. menerima semua harta apabila tiada waris ashab al-furud.
ii. Menerima baki harta yang tidak dihabiskan oleh waris ashab alp-furud.
iii. Tidak mendapat harta pusaka sedikit pun kerana telah dihabiskan oleh waris ashab al-furud.
– Kedudukan mereka dalam undang-undang pusaka Islam adalah selepas waris ashab al-furud

3. Dzawi al-Arham
– ialah waris yang mempunyai hubungan darah dengan si mati selain daripada waris ashab al-furud dan asabah sama ada lelaki atau perempuan, seorang atau ramai.
– Pada kebiasaannya, waris dzawi al-arham ini hubungannya dengan si mati diselangi oleh waris perempuan seperti :
i. bapa kepada ibu.
ii. Anak (lelaki atau perempuan) kepada anak perempuan.
iii. Dan lain-lain.
– Kedudukan mereka dalam undang-undang pusaka Islam berlaku perselisihan pendapat ulama.

HAK-HAK YANG PERLU DITUNAIKAN SEBELUM PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA

1. Perbelanjaan pengkebumian atau pengurusan jenazah.
2. Pelunasan atau pembayaran hutang.
3. Pelaksanaan wasiat.
4. Harta sepencarian
5. Pembahagian harta pusaka kepada waris.

Advertisements

About guabama

Seorang guru biasa
This entry was posted in Ilmu Faraid and tagged . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s