Kuliah Faraid Siri 6

JENIS-JENIS WARIS

Terdapat 3 jenis ahli waris yang berhak mendapat harta pusaka :

1. Ashab al-Furud
– ialah waris-waris yang telah ditetapkan bahagian mereka dalam pembahagian bpusaka menurut al-Quran, al-Sunnah dan ijmak.
– Mereka merupakan orang yang paling utama dan didahulukan dalam pembahagian harta pusaka.
– Terdiri daripada 12 orang iaitu :
i. suami.
ii. Isteri.
iii. Ibu.
iv. Bapa.
v. Datuk (bapa kepada bapa)
vi. Nenek (ibu kepada ibu dan ibu kepada bapa)
vii. Anak perempuan.
viii. Cucu perempuan (anak perempuan kepada anak lelaki)
ix. Saudara perempuan seibu sebapa.
x. Saudara perempuan sebapa.
xi. Saudara perempuan seibu.
xii. Saudara lelaki seibu.

2. Asabah
– ialah waris lelaki kepada si mati yang tidak diselangi oleh perempuan.
– Mereka tidak mempunyai bahagian tetap dan ini menyebabkan mereka kadangkala :
i. menerima semua harta apabila tiada waris ashab al-furud.
ii. Menerima baki harta yang tidak dihabiskan oleh waris ashab alp-furud.
iii. Tidak mendapat harta pusaka sedikit pun kerana telah dihabiskan oleh waris ashab al-furud.
– Kedudukan mereka dalam undang-undang pusaka Islam adalah selepas waris ashab al-furud

3. Dzawi al-Arham
– ialah waris yang mempunyai hubungan darah dengan si mati selain daripada waris ashab al-furud dan asabah sama ada lelaki atau perempuan, seorang atau ramai.
– Pada kebiasaannya, waris dzawi al-arham ini hubungannya dengan si mati diselangi oleh waris perempuan seperti :
i. bapa kepada ibu.
ii. Anak (lelaki atau perempuan) kepada anak perempuan.
iii. Dan lain-lain.
– Kedudukan mereka dalam undang-undang pusaka Islam berlaku perselisihan pendapat ulama.

HAK-HAK YANG PERLU DITUNAIKAN SEBELUM PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA

1. Perbelanjaan pengkebumian atau pengurusan jenazah.
2. Pelunasan atau pembayaran hutang.
3. Pelaksanaan wasiat.
4. Harta sepencarian
5. Pembahagian harta pusaka kepada waris.

PEMBAHAGIAN FARDHU MENURUT KETETAPAN AL-QURAN, AL-SUNNAH DAN IJMAK :

Dalam al-Quran terutamanya Surah al-Nisa ayat 11, 12 dan 176 (ayat al-mawarith) telah dijelaskan bahagian atau fardhu dan waris-waris yang berkenaan. Terdapat enam bahagian (fardhu) :

1. Fardhu ½ ( al-nisf ). Waris-waris yang mengambil bahagian ini ialah :

– Suami (jika tiada anak).
– Seorang anak perempuan.
– Seorang anak perempuan kepada anak lelaki. (Ditentukan melalui ijmak)
– Seorang saudara perempuan seibu sebapa.
– Seorang saudara perempuan sebapa.

2. Fardhu ¼ ( al-rubu’ ). Waris-waris yang mengambil bahagian ini ialah :

– Suami (jika ada anak).
– Isteri atau isteri-isteri (jika tiada anak).

3. Fardhu 1/8 (al-thumun ). Waris-waris yang mengambil bahagian ini ialah :

– Isteri atau isteri-isteri ( jika ada anak ).

4. Fardhu 1/3 ( al-thuluth ) dan 1/3 baki (al-thuluth al-baqi). Waris bahagian ini ialah :

– Ibu.
– 2 orang atau lebih saudara lelaki atau perempuan seibu.
– 1/3 baki hanya untuk ibu dalam kes al-umariyatain sahaja.

5. Fardhu 2/3 ( al-thuluthan ). Waris-waris yang mengambil bahagian ini ialah :

– 2 orang anak perempuan atau lebih.
– 2 orang anak perempuan kepada anak lelaki atau lebih.
– 2 orang saudara perempuan seibu sebapa atau lebih.
– 2 orang saudara perempuan sebapa atau lebih.

6. Fardhu 1/6 ( al-sudus ). Waris-waris yang mengambil bahagian ini ialah :

– Bapa.
– Datuk.
– Ibu.
– Nenek
– Seorang anak perempuan kepada anak lelaki atau lebih ketika bersama-sama dengan seorang anak perempuan
– Seorang saudara perempuan sebapa atau lebih ketika bersama-sama dengan dengan saudara perempuan seibu sebapa.
– Seorang saudara perempuan atau saudara lelaki seibu.

KESIMPULAN PEMBAHAGIAN WARIS ASHAB AL-FURUD :

1. Waris-waris ashab al-furud dari 12 golongan itu boleh dibahagikan kepada 3 golongan, iaitu ;

i. Waris utama yang terdiri daripada suami, isteri, ibu, bapa dan anak perempuan. Mereka tidak didinding dari menerima harta pusaka secara mutlak.
ii. Waris gantian yang terdiri daripada datuk (bapa kepada bapa), nenek (ibu kepada ibu dan ibu kepada bapa) dan anak perempuan kepada anak lelaki. Waris ini akan menggantikan tempat waris utama dalam menerima harta pusaka, seperti datuk menggantikan tempat bapa, nenek menggantikan tempat ibu dan anak perempuan kepada anak lelaki akan menggantikan tempat anak perempuan.
iii. Waris sisian (hawasyi) yang terdiri daripada saudara perempuan seibu sebapa, saudara perempuan sebapa, saudara lelaki dan perempuan seibu.

2. Kedudukan waris ashab al-furud dari segi penerimaan harta pusaka dapat dibahagikan kepada 3 kumpulan, iaitu ;

i. Satu golongan waris ashab al-furud yang menerima fardhu sahaja iaitu suami, isteri, ibu, nenek (ibu kepada ibu dan ibu kepada bapa), saudara lelaki seibu dan saudara perempuan seibu.
ii. Satu golongan waris ashab al-furud yang menerima fardhu dan kadang kala asabah bersama fardhu serentak iaitu bapa dan datuk.
iii. Satu golongan waris ashab al-furud yang menerima fardhu pada satu keadaan dan menerima asabah (baki) pada keadaan yang lain tetapi mereka tidak`boleh menerima fardhu dan`asabah serentak. Mereka ialah anak perempuan, anak perempuan kepada anak lelaki, saudara perempuan seibu sebapa dan saudara perempuan sebapa.

3. Perubahan Status waris Ashab al-Furud kepada waris Asabah dalam keadaan berikut ;

i. Bapa boleh berubah status kepada waris asabah jika si mati tidak mempunyai anak lelaki, anak lelaki kepada anak lelaki atau ke bawah.
ii. Datuk boleh berubah status kepada waris asabah jika si mati tidak mempunyai waris-waris seperti ( i ) di atas.
iii. Anak perempuan boleh berubah status kepada waris asabah bi al-ghair jika bersama-sama dengan anak lelaki.
iv. Anak perempuan kepada anak lelaki boleh berubah status kepada waris asabah bi al-ghair jika bersama-sama anak lelaki kepada anak lelaki.
v. Saudara perempuan seibu sebapa boleh berubah status kepada waris asabah bi al-ghair jika bersama-sama saudara lelaki seibu sebapa.
vi. Saudara perempuan sebapa boleh berubah status kepada waris asabah bi al-ghair jika bersama-sama saudara lelaki sebapa
vii. Saudara perempuan seibu sebapa atau sebapa boleh berubah status kepada waris asabah ma’a al-ghair ketika bersama-sama dengan anak perempuan atau anak perempuan kepada anak lelaki atau bersama-sama dengan kedua-duanya sekali.

Advertisements

About guabama

Seorang guru biasa
This entry was posted in Ilmu Faraid and tagged . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s