MORAL

DEFINISI MORAL

Menurut bahasa, moral berasal daripada bahasa latin moralis atau mores iaitu jamak kepada perkataan mos yang bererti kebiasaan iaitu perbuatan, budi pekerti dan perangai atau pun tingkahlaku yang sejajar dengan tatasusila atau peraturan hidup bermasyarakat. Dictionary of Education menyatakan bahawa moral ialah suatu istilah yang digunakan untuk menentukan batas-batas dari sifat, perangai, kehendak, pendapat atau perbuatan secara layak dapat dikatakan benar, salah, baik, atau buruk. Moral merangkumi segala nilai murni seperti merendah diri, benar, belas kasihan, keadilan, persefahaman, kasih sayang, berdikari dan lain-lain.

Moral merupakan persoalan yang praktikal namun tidak semua persoalan praktikal adalah moral. Moral membicarakan persoalan betul atau salah, apa yang perlu dilakukan dan ditinggalkan atas sebab-sebab tertentu dan dalam keadaan tertentu. Pertimbangan moral bergantung kepada suasana atau keadaan yang membentuk individu. Misalnya sistem sosial, kelas sosial dan kepercayaan yang dianuti.

Moral merupakan cara melihat dan menilai sesuatu isu berhubung dengan sesuatu tingkah laku berdasarkan pandangan jagat dan budaya sesuatu masyarakat. Perbuatan yang serupa dilihat dari sudut yang berlainan berdasarkan nilai yang dipegang oleh masyarakat yang berbeza.

Peter Baeiz dalam bukunya ‘Ethics and Belief’ menyatakan bahawa “moral dan etika selalunya mempunyai makna yang sama. Apakah faedah membezakan di antara keduanya kerana selalunya kita gagal untuk membezakannya.” Berdasarkan kenyataan Peter Baeiz, moral dan etika mempunyai persamaan. Moral bersifat praktikal kerana ia merupakan disiplin yang memberitahu apakah sistem moral yang dihayati oleh sesuatu masyarakat. Manakala etika bersifat teoritikal kerana ia mengkaji, menganalisis dan mengkritik sistem moral tersebut. Moral merupakan bahan yang dikaji oleh etika, manakala etika adalah ilmu yang mengkajinya.

Advertisements

About guabama

Seorang guru biasa
This entry was posted in Kursus PPISMP IPGM KTAA and tagged . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s