Pengertian Ahklak :

PENGERTIAN AHKLAK :

Menurut bahasa:

Perkataan akhlak berasal daripada perkataan (al-akhlaaku) iaitu kata jama daripada perkataan (al-khuluqu) bererti tabiat,kelakuan, perangai, tingkahlaku, maruah, adat kebiasaan, malah ia juga bererti agama itu sendiri. Dalam Lisan al-‘arab ia bermakna tabiat atau watak. Ia juga bermakna maru’ah, Ad Din atau Fitrah menurut Qamus al-Muhit Perkataan (al-khulq) ini di dalam Al-Quran hanya terdapat pada dua tempat sahaja, antaranya ialah:

Dan bahawa sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia. (Al-Qalam:4)

Sementara perkataan (al-khalqu) bererti kejadian, ciptaan, dan juga bermaksud kejadian yang indah dan baik. Apabila dirujuk kepada kejadian manusia, ia bermaksud struktur tubuh yang badannya yang indah dan seimbang. Jika dirujuk kepada kejadian alam semesta, ia juga membawa erti kejadian atau ciptaan yang indah, tersusun rapi, menurut undang-undang yang tepat. Di dalam Al-Quran terdapat 52 perkataan (al-khalqu) yang merujuk kepada kejadian manusia, alam sarwajagat dan lain-lain kejadian. Antara lain firman Allah subhaanahu wa taaala:

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih penggantian malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang beraqal. (Iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri dan duduk atau dalam keadaan baring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (lantas berkata): Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha suci Engkau maka peliharalah kami daripada siksaan neraka. (Ali-Imran:190)

Menurut istilah:

Antara definasi akhlak menurut istilah ialah: sifat yang tertanam di dalam diri yang dapat mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan senang dan mudah tanpa pemikiran, penelitian dan paksaan.
Ibn Miskawaih, ahli falsafah Islam yang terkenal mentakrifkan akhlak itu sebagai keadaan jiwa yang mendorong ke arah melahirkan perbuatan tanpa pemikiran dan penelitian.

Imam Ghazali r.a. mengatakan: akhlak ialah suatu keadaan yang tertanam di dalam jiwa yang menampilkan perbuatan-perbuatan dengan senang tanpa memerlukan pemikiran dan penelitian. Apabila perbuatan yang terkeluar itu baik dan terpuji menurut syara’ dan aqal, perbuatan itu dinamakan akhlak yang mulia. Sebaliknya apabila terkeluar perbuatan yang buruk, ia dinamakan akhlak yang buruk.

PENGERTIAN AKHLAK MENURUT ISLAM

Islam mempunyai dua sumber iaitu Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi pegangan dalam menentukan segala urusan dunia dan akhirat. Kedua-dua sumber itulah juga yang menjadi sumber akhlak Islamiyyah. Prinsip-prinsip dan kaedah ilmu akhlak Islam semuanya didasarkan kepada wahyu yang bersifat mutlak dan tepat neraca timbangannya.

Apabila melihat perbahasan bidang akhlak Islamiyyah sebagai satu ilmu berdasarkan kepada dua sumber yang mutlak ini, dapatlah dirumuskan definisinya seperti berikut:
Satu ilmu yang membahaskan tatanilai, hukum-hukum dan prinsip-prinsip tertentu bagi mengenalpasti sifat-sifat keutamaan untuk dihayati dan diamalkan dan mengenalpasti sifat-sifat tercela untuk dijauhi dengan tujuan membersihkan jiwa berasaskan wahyu Ilahi bagi mencapai keredhaan Allah (ridwaanullah).

Manakala akhlak pula dapatlah kita rumuskan sebagai satu sifat atau sikap keperibadian yang melahirkan tingkah laku perbuatan manusia dalam usaha membentuk kehidupan yang sempurna berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang telah ditetapkan oleh Allah. Dengan kata lain, akhlak ialah suatu sistem yang menilai perbuatan zahir dan batin manusia baik secara individu, kumpulan dan masyarakat dalam interaksi hidup antara manusia dengan baik secara individu, kumpulan dan masyarakat dalam interaksi hidup antara manusia dengan Allah, manusia sesama manusia, manusia dengan haiwan, dengan malaikat, dengan jin dan juga dengan alam sekitar.

PENGERTIAN ILMU AKHLAQ :
Menurut Dr. Taufiq at Tawil :
“Ilmu akhlaq ialah ilmu yang menggariskan modul contoh utama yang wajar diikuti oleh manusia dalam tingkah-lakunya.” Atau seperti yang dijelaskan oleh Dr. Zakaria Ibrahim bahawa ahli falsafah hampir sepakat mengatakan bahawa ilmu akhlaq ialah ilmu yang berusaha menemukan atau mendedahkan contoh-contoh tingkah laku manusia yang utama, menggasaskan konsep dan pengertian , menentukan apa yang seharusnya dilakukan oleh manusia dalam tingkah lakunya.
Menurut Prof. Dr. Omar Attoumi Asy-Syaibini:
“Ilmu akhlaq ialah ilmu yang mengkaji hakikat atau sifat tingkah laku yang berakhlaq, hakikat kebaikan (al-khair) dan keburukan (asy-syar), hak dan kewajipan, hati -nurani (conscience), hukum-hukum akhlak, tanggung jawab akhlak, motivasi dan tujuan tingkah laku. Ilmu ini juga meneliti asas-asas teori yang mendaji dasar keyakinan akhlak , menentukan contoh-contoh utama, kaedah umum yang seharusnya menjadi pedoman tingkah laku manusia.”
Menurut Prof. Dr. Omar Attoumi Asy-Syaibani :
“Ilmu akhlak ialah ilmu yang mengkaji hakikat atau sifat tingkah-lakunya yang berakhlak, hakikat kebaikan (al-khair) dan keburukan (asy-syar), hak dan kewajipan, hati nurani (conscience), hukum akhlak, tanggungjawab akhlak, motivasi dan tujuan tingkah laku. Ilmu ini juga meneliti asas-asas teori yang menjadi dasar keyakinan akhlak, menentukan contoh utama, kaedah umum yang seharusnya menjadi pedoman tingkah laku manusia.”
Lebih jelas Dr. Miqdad Yalchin menakrifkan akhlak sebagai ‘prinsip’ dan kaedah yang mengatur tingkah laku (perangai) manusia yang ditentukan oleh wahyu dalam konteks mengatur kehidupan manusia di dunia untuk mencapai matlamat wujudnya yang paling sempurna.
Huraian-huraian yang diberikan oleh para ulama membayangkan bahawa akhlak Islam mengatur empat perhubungan dasar :
1. Hubungan manusia dan jin dengan Allah (Pencipta).
2. Hubungan manusia dan jin sesamanya.
3. Hubungan manusia dan jin dengan alam.
4. Hubungan manusia dan jin terhadap dirinya sendiri.
Dalam hubungan akhlak dengan amal maka akhlak menurut Dr. Mohd Abdullah Darraz boleh dikategorikan kepada :
1. Akhlak al-Fardiyah — perseorangan.
2. Akhlak dalam bidang kekeluargaan.
3. Akhlak dalam bidang kemasyarakatan.
4. Akhlak dalam bidang kenegaraan.
5. Akhlak keagamaan dalam erti kata sempit.
Pembahagian ini tidak bermakna antara suatu bidang dengan bidang yang lain terdapat tembok pemisah yang jelas. Sebaliknya terdapat jalinan yang rapat dan sukar untuk dapat dipisahkan antara suatu dengan yang lain. Bidang kenegaraan umpamanya melengkapkan bidang-bidang yang lain. Perjuangan untuk mendaulatkan keadilan adalah perjuangan akhlak. Usaha-usaha untuk memantapkan asas-asas kesejahteraan masyarakat adalah usaha-usaha akhlak.

Advertisements

About guabama

Seorang guru biasa
This entry was posted in Kursus PPISMP IPGM KTAA and tagged . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s