Adab Pelajar Belajar Dengan Guru

Bersama Guru Cemerlang Gred Khas JUSA CHujjatul Islam al-Imam al-Ghazali dalam karya agongnya “Ihya Ulum al-Din” telah mengenalpasti 10 adab yang boleh dijadikan asas etika kepada para pelajar dalam proses pembelajaran.

Pertama : Elakkan diri daripada elemen-elemen yang boleh memudharatkan akhlak yang terpuji, kerana ilmu adalah cahaya dan mudah mendekati orang yang baik budi pekertinya.

Kedua : Jangan terikat dengan hal ehwal keduniaan secara berlebihan, kerana ia membuka ruang untuk melalaikan fikiran daripada memfokuskan perhatian sepenuhnya terhadap ilmu pelajaran.

Ketiga : Para pelajar tidak boleh bersikap sombong dan takbur terhadap guru.

Keempat : Pelajar yang tekun dalam menuntut ilmu pada tahap awalnya perlu mengelakkan diri daripada mendengar perselisihan dan perbezaan pendapat dalam kalangan manusia sama ada melibatkan ilmu keduniaan atau ilmu akhirat. Ia bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan pemikiran dan pemahaman terhadap disiplin ilmu yang baru dipelajari.

Kelima : seseorang pelajar tidak boleh meninggalkan sesuatu disiplin ilmu melainkan ia telah mempertimbangkan dengan sebaik mungkin. Sesuatu ilmu yang dipelajarinya perlulah dikuasai dengan baik sebelum mengambil keputusan untuk mempelajari disiplin ilmu yang lain.

Keenam : Para pelajar tidak memaksa dirinya untuk menguasai semua bidang ilmu secara sekaligus. Kuasailah ilmu mengikut tahap dan tingkatan ilmu berdasarkam kemampuan dan keupayaan yang ada pada diri seseorang.

Ketujuh : Pelajar tidak boleh mencampuradukkan sesuatu cabang ilmu sebelum menguasai dan memahami cabang ilmu yang sebelumnya.

Kelapan : Seseorang pelajar perlu mengetahui hakikat dan objektif serta falsafah sesuatu disiplin ilmu yang dipelajari.

Kesembilan : Para pelajar perlu ikhlas dalam menuntut ilmu.

Kesepuluh : setiap pelajar perlu mengetahui perkaitan ilmu yang dipelajari bertujuan supaya mengutamakan keperluan ilmu yang perlu didahulukan daripada ilmu yang berbentuk sampingan

WAHAI PARA PELAJAR IKUTILAH PANDUAN-PANDUAN DALAM MENUNTUT ILMU SUPAYA ILMU YANG DIPELAJARI DAN DITERIMA ITU MENDAPAT KEBERKATAN DAN RAHMAT DARI ALLAH.

Advertisements

About guabama

Seorang guru biasa
This entry was posted in Kursus PPISMP IPGM KTAA and tagged . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s