Kuliah Faraid Siri ke 8

WARIS ZAWIL AL-ARHAM

1. Definisi Waris Zawil Al-Arham

Dari segi bahasa, perkataan al-arham merupakan kata jama’ dari al-rahim yang bererti tempat kandungan anak. Dengan itu, zawil al-arham bererti mereka yang mempunyai hubungan kerabat atau darah.
Dari segi istilah ulama’ faraid, zawil al-arham ialah waris yang mempunyai hubungan kerabat atau darah dengan si mati selain daripada ashab al-furud dan asabah sama ada lelaki atau perempuan melalui garis perempuan.

2. Golongan Waris Zawil Al-Arham

Waris-waris zawil al-arham adalah seperti berikut :

i. Anak-anak sama ada lelaki atau perempuan kepada anak perempuan dan seterusnya.
ii. Anak-anak sama ada lelaki atau perempuan kepada saudara perempuan sama ada seibu sebapa, sebapa atau seibu.
iii. Anak perempuan kepada saudara-saudara lelaki sama ada seibu sebapa, sebapa atau seibu.
iv. Anak perempuan kepada bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa, sebapa atau seibu.
v. Bapa saudara sebelah bapa seibu.
vi. Bapa saudara sebelah ibu sama ada seibu sebapa, sebapa atau seibu.
vii. Ibu saudara sebelah ibu sama ada seibu sebapa, sebapa atau seibu.
viii. Ibu saudara sebelah bapa sama ada seibu sebapa, sebapa atau seibu.
ix. Datuk yang tidak sahih seperti bapa kepada ibu dan seterusnya.
x. Nenek yang tidak sahih iaitu hubungannya dengan si mati diselangi oleh datuk yang tidak sahih seperti ibu kepada bapa kepada ibu
xi. Anak lelaki kepada saudara lelaki atau perempuan seibu.

Semua waris yang dinyatakan di atas merupakan waris-waris zawil al-arham yang tidak dinyatakan bahagian mereka daripada harta pusaka. Golongan waris ini jika dibenarkan mendapat harta pusaka, maka mereka adalah waris yang terakhir sekali iaitu setelah tidak ada lagi waris ashab al-furud dan asabah kecuali suami atau isteri. Walau bagaimanapun, mereka merupakan waris yang dekat hubungannya dengan si mati dari segi darjat hubungannya.

Advertisements

About guabama

Seorang guru biasa
This entry was posted in Ilmu Faraid and tagged . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s