Kuliah Faraid Siri ke 9

PENDINDINGAN (AL-HAJBU) :

1. Definisi al-Hajbu :

Al-Hajbu dari segi bahasa ialah tegahan, halangan atau pendindingan.
Dari segi istilah ulama’ faraid ialah tegahan atau halangan terhadap seseorang dari menerima pusaka kerana ada ahli waris lain yang mempunyai kedudukan yang mendindinginya dari menerima pusaka.

2. Perbezaan antara al-Hajbu (Pendindingan) dan al-Hirman (Tegahan atau Halangan) :

Dalam undang-undang pusaka Islam istilah al-Hajbu dan al-Hirman mempunyai makna yang berbeza iaitu ;

a. Al-Hajbu :

Ialah tegahan atau halangan seseorang daripada mendapat harta pusaka kerana adanya waris lain yang lebih hampir kepada si mati. Masih dianggap sebagai waris.

b. Al-Hirman :

Ialah tegahan atau halangan seseorang daripada mendapat harta pusaka kerana ada salah satu daripada al-mawani’ (halangan) pewarisan seperti pembunuhan, berlainan agama atau hamba. Dia hilang kelayakan sebagai waris secara mutlak. Kewujudannya sebagai tidak wujud.

3. Pembahagian Al-Hajbu.

Terbahagi kepada dua’ iaitu ;

a. Al-Hajbu Nuqsan

Ialah pendindingan yang boleh mengurangkan bahagian waris daripada mendapat saham yang lebih tinggi kepada saham yang lebih rendah atau sedikit kerana ada waris lain, seperti suami boleh berpindah dari ½ kepada ¼ kerana si mati ada anak.

Hajbu Nuqsan jika dilihat dari aspek yang lebih luas boleh berlaku dalam lima keadaan berikut :
i. Perubahan dari satu bahagian yang besar kepada satu bahagian yang lebih sedikit seperti perubahan bahagian suami dari ½ kepada ¼ dengan sebab si mati ada anak keturunan dan seterusnya seperti jadual di atas.
ii. Perubahan dari asabah ma’a al-ghair kepada asabah bi al-ghair yang lebih sedikit, seperti saudara perempuan seibu sebapa atau sebapa ketika bersama dengan anak perempuan atau anak perempuan kepada anak lelaki, jika terdapat saudara lelaki seibu sebapa atau sebapa, maka bahagian saudara perempuan seibu sebapa atau sebapa berubah dari asabah ma’a al-ghair kepada asabah bi al-ghair yang lebih sedikit.
iii. Perubahan dari mendapat bahagian secara fardhu kepada asabah bi al-ghair yang lebih sedikit seperti anak perempuan ketika bersama anak lelaki.
iv. Perubahan dari asabah kepada bahagian fardhu seperti bapa atau datuk (ketika ketiadaan bapa) ketika bersama anak lelaki atau anak lelaki kepada anak lelaki.
v. Berkumpul ramai waris dalam menerima fardhu atau bahagian masing-masing sepertimana dalam masalah al-awl, maka asal masalah bertambah tetapi saham setiap waris berkurangan secara seimbang (sama rata).

b. Al-Hajbu Hirman
Ialah pendindingan seseorang waris daripada mendapat harta pusaka secara mutlak, seperti datuk didinding oleh bapa, anak lelaki kepada anak lelaki didinding oleh anak lelaki, saudara lelaki seibu didinding oleh bapa dan sebagainya. Dalam istilah ilmu pusaka, apabila disebut didinding atau dihijab secara mutlak maka ia bermakna didinding secara hirman. Contoh, datuk didinding oleh bapa, maka pendindingan di sini bermaksud pendindingan secara hirman.

5. Kaedah Dalam Al-Hajbu Hirman

Hajbu Hirman didasarkan kepada dua kaedah, iaitu ;

i. Setiap waris yang bertalian atau berhubungan dengan si mati melalui pengantara (wasitah), maka waris pengantara itu akan mendinding waris tersebut. Contohnya, bapa mendinding datuk, ibu mendinding nenek. Satu pengecualian kepada kaedah ini ialah ibu tidak boleh mendinding saudara (perempuan atau lelaki) seibu, sekalipun mereka berhubungan dengan si mati melalui ibu, malah mereka sama-sama menerima harta pusaka.

ii. Waris yang lebih hampir akan mendinding waris yang lebih jauh sepertimana berlaku dalam asabah. Contohnya ; ibu boleh mendinding nenek, dua orang atau lebih anak perempuan boleh mendinding anak perempuan kepada anak lelaki, anak lelaki boleh mendinding anak lelaki kepada anak lelaki dan sebagainya.

6. Waris Yang Tidak Terlibat Dengan Al-Hajbu Hirman

Di kalangan waris ashab al-furud dan asabah, terdapat seramai enam orang waris yang bebas dari al-hajbu hirman (tidak dihalang menerima pusaka). Mereka ialah tiga waris golongan lelaki dan tiga waris golongan wanita :

i. Suami.
ii. Isteri.
iii. Bapa.
iv. Ibu.
v. Anak lelaki.
vi. Anak perempuan.

Waris-waris ini mempunyai pertalian dengan si mati secara langsung tanpa ada waris pengantara (wasitah), maka mereka akan menerima harta pusaka dalam apa jua keadaan sekalipun. Sebahagian besar daripada waris ini (selain anak lelaki) hanya terlibat dengan hajbu nuqsan.

Advertisements

About guabama

Seorang guru biasa
This entry was posted in Ilmu Faraid and tagged . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s