Kuliah Faraid Siri 11

KAEDAH PENGIRAAN HARTA PUSAKA :

Untuk mengira harta pusaka, di bawah dikemukakan beberapa perkara yang perlu dipatuhi :

1. Hendaklah dikenalpasti asal masalah bagi setiap kes pusaka dan jika perlu, hendaklah ditashihkan masalah tersebut suapaya setiap waris memperolehi saham masing-masing dalam bentuk angka yang tunggal.
2. Semua harta pusaka yang ditinggalkan oleh si mati hendaklah dinilai terlebih dahulu dan kemudian dijumlahkan. Contohnya, seorang mati meninggalkan satu hektar tanah bernilai RM500,000.00, lima ekor lembu bernilai RM8,000.00, sebuah rumah bernilai RM250,000.00 dan wang simpanan sebanyak RM15,000.00. Oleh itu, jumlah nilaian semua harta pusaka si mati ialah RM773,000.00.
3. Jumlah nilaian harta si mati kemudiannya dibahagikan dengan asal masalah atau ‘awl atau asal masalah yang telah ditashihkan untuk mencari nilai bagi setiap satu saham atau bahagian.
4. Nilai bagi setiap satu saham kemudiannya didarabkan dengan saham setiap waris bagi mengenalpasti habuan setiap waris yang terlibat.

Untuk kefahaman yang lebih mendalam, maka di sini disertakan contoh bagaimana pengiraan harta pusaka dilakukan, iaitu seorang lelaki mati meninggalkan seorang isteri, 2 orang anak perempuan, seorang anak lelaki, ibu dan bapa. Harta peninggalan si mati ialah satu hektar tanah bernilai RM300,000.00, 2 buah kereta bernilai RM60,000.00, sebuah rumah bernilai RM225,000.00, wang simpanan sebanyak RM150,000.00 dan lain-lain harta bernilai RM15,000.00. Jumlah keseluruhan harta si mati ialah RM750,000.00. Pengiraannya adalah seperti jadual berikut :

Waris………….Fardu……..Asal Masalah………Tashih……..Habuan / Pembahagian
………………………………….(24)……………..(96)
Ister……………..1/8…………..3……………..12……….RM93,750.00
2 org anak
Perempuan….asabah……….13…………….26……….RM203,125.00
1 org anak
Lelaki…………………………………………..26……….RM203,125.00
Ibu……………….1/6…………..4……………..16……….RM125,00.00
bapa……………..1/6…………..4……………..16……….RM125,00.00

Dalam jadual penyelesaian masalah pembahagian harta pusaka di atas didapati seorang isteri mendapat 1/8, dua orang anak perempuan dan seorang anak lelaki mendapat asabah bi al-ghayr, ibu mendapat 1/6 dan bapa mendapat 1/6. Asal masalahnya ialah 24 (gandaan sepunya terkecil di antara angka 6 dan 8). Oleh itu, seorang isteri mendapat 3 saham, 2 orang anak perempuan dan seorang anak lelaki mendapat 13 saham, ibu mendapat 4 saham dan bapa merndapat 4 saham.
Apabila diteliti kepada saham 2 orang anak perempuan dan seorang anak lelaki iaitu 13, didapati saham tersebut tidak boleh dibahagikan kepada mereka dalam bentuk angka tunggal. Dengan itu, kes ini perlu ditashihkan iaitu bilangan anak lelaki perlu didarabkan dengan 2 dan dicampurkan dengan bilangan anak perempuan menjadi 4 [(1 x 2) + 2 = 4]. Kemudian angka 4 didarabkan dengan asal masalah, iaitu 24 x 4 menjadi 96 sebagai asal masalah baru selepas ditashihkan. Setelah itu, angka 4 didarabkan dengan saham setiap waris yang terlibat termasuk 2 orang anak perempuan dan seorang anak lelaki.
Kemudian, jumlah harta peninggalan si mati dibahagikan dengan asal masalah yang ditashihkan untuk mencari nilai bagi setiap satu saham dan hasilnya RM7,812.50 (RM750,000.00 / 96). Nilai satu saham (RM7,812.50) kemudiannya didarabkan dengan saham setiap waris. Oleh itu, seorang isteri mendapat RM93,750.00 (RM7,812.50 x 12), 2 orang anak perempuan dan seorang anak lelaki mendapat RM406,250.00 (RM7,812.50 x 52), dan 2 orang anak perempuan mendapat RM203,125.00 (seorang mendapat RM101,562.50), dan seorang anak lelaki mendapat RM203,125.00. Bapa dan ibu masing-masing mendapat RM125,000.00 (RM7,812.50 x 16).

Advertisements

About guabama

Seorang guru biasa
This entry was posted in Ilmu Faraid and tagged . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s