TAZKIRAH RAMADAN

ZIKR AL-MAUT – MENGINGATI MATI

RasuluLlah saw bersabda,
اغتنم خمسا قبل خمس، شبابك قبل هرمك، وصحتك قبل سقمك، وغناك
قبل فقرك، وفراغك قبل شغلك، وحياتك قبل موتك.
,” Rebutlah peluang lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain iaitu (1)masa muda mu sebelum tua mu, (2)masa sihat mu sebelum sakit mu, (3)masa kaya mu sebelum papa mu, (4)masa lapang mu sebelum sibuk mu dan (5)masa hidup mu
sebelum mati mu” riwayat Muslim.

1. Masa muda jangan dibiarkan berlalu tanpa erti kerana masa muda itu penuh kecergasan fizikal
dan mental…..peluang yang baik untuk mencari ilmu, pengalaman dan beramal.

2. Sihat adalah kurnia Allah yang amat berharga. Tanpa sihat seluruh nikmat hidup akan hilang……makanan lazat dirasakan hambar, tilam empuk dirasakan tempat penyiksaan, ibadat terganggu, wang ringgit habis……segala-galanya terganggu. Nikmat sihat hanya disedari setelah dia sakit.

3. Harta-kaya boleh bertambah dan musnah dalam masa sekelip mata. Harta adalah anugerah dan amanah Allah. Cara mencari dan menggunakannya mestilah mengikut peraturan dan undang-undang Allah.

4. Masa lapang perlulah dihargai. Masa sangatlah bernilai. Masa adalah usia dan kehidupan itu
sendiri.Masa amatlah terbatas mengikut usia yang telah ditentukan sejak azali

5. Hidup sebelum mati. Peluang ini hanyalah sekali jua. Dia dipilih jutaan benih seorang ayah.
Sepatutnya dia bersyukur dan mengisi kehidupan dengan program yang bermanfaat.
Setiap yang hidup….pastikan mati. كل نفس ذائقة الموت
Sabda Nabi saw, أكثروا من ذكر هاذم اللذات
[ Perbanyakkanlah mengingati perkara-perkara yang menghapuskan kelazatan (maut) ]
Dan sabdaNya lagi ———- كفى بالموت واعظا = Cukuplah mati itu menjadi penasihat.

SabdaNya lagi, أكيس الناس أكثرهم ذكرا للموت، وأشدهم استعداد له، أولئك هم الأكياس،
ذهبوا بشرف الدنيا وكرامة الأخرة
[ Secerdik-cerdik manusia ialah orang yang paling banyak mengingati mati,dan yang sangat membuat persediaan untuk menghadapinya (mati). Mereka itulah orang-orang yang bijaksana (cerdik). Mereka telah pergi dengan membawa penghormatan dunia dan kemuliaan akhirat].

Orang yang tenggelam dalam lautan dunia dan syahwat AKAN bencikan mengingati mati dan cuba untuk lari daripada mati.
Lihat firman Allah, قل إن الموت الذى تفرون منه فإنه ملاقيكم،
ثم تردون إلى عالم الغيب والشهادة ، فينبئكم بما كنتم تعملون – سورة الجمعة : 8

[ Katakanlah; bahawasanya mati yang kamu lari daripadanya itu PASTI akan menemui kamu, kemudian kamu sekalian akan dikembalikan kepada Zat yang mengetahui yang ghaib dan nyata, kelak Dia akan memberitahu kamu segala apa yang telah kamu lakukan].

Orang yang tenggelam dalam arus keduniaan tidak akan mengingati mati. Kalau ingatpun kerana sedih yang dirinya akan meninggalkan harta benda itu.

Orang yang bertaubat dengan sebenarnya ialah orang yang sentiasa mengingati mati yang akan tiba, sehingga timbul dalam hatinya perasaan cemas dan takut. Perasaan sebegini akan menggerakkan dirinya untuk beramal dan terus melakukan amal kebajikan.

Orang yang mengenal dirinya PASTI akan sentiasa mengingati maut pada bila-bila masa. KERANA dengan matilah dia boleh bertemu dengan Kekasihnya yang ditunggu-tunggu seperti orang yang sedang bercinta. Bukankah orang yang sedang mabuk bercinta tidak pernah melupai janjinya untuk bertemu kekasihnya??????

Cara untuk mengingati mati;
a- Mengenang dan mengingati kawan-kawan yang lebih dahulu meninggalkan kita. Kenangkan bagaimana nasib mereka di dalam kubur. Bayangkan bertapa tanah telah menghilangkan rupa mereka, hancur lumat dimakan tanah. Mereka tidak dapat lagi ke mesjid . Mereka tidak dapat lagi menghadiri majlis pertemuan dan lainnya.
b- Menziarahi kubur dan orang sakit. Ini akan memperbaharui tekad untuk mengingati mati di dalam hati. Maka dengan itu mudahlah membuat persiapan-bekalan untuk mati dan terhindar daripada tipu daya dunia.

Ingatlah! Bahawa segala yang ada di dunia ini hanyalah sementara. Tidak dapat tidak kita akan berpisah juga dengannya. Kata seorang penyair,
فَمَا قَضَى أَحَدٌ مِنهَا لُبَانَتَهُ * وَمَاانتَهَى أَرَبٌ إِلا إِلَى أَرَبِ
“Tidak pernah selesai manusia daripada keperluan dunianya.
Melainkan selesai yang satu berpindah pula kepada yang lainnya”

FIRMAN ALLAH yang bermaksud :
Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu, dan takutilah akan hari (akhirat) yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya dari azab dosanya, dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia, dan jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan Syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah{33} Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dia lah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya {34}
– Surah Luqman

Wallahualam

Advertisements

About guabama

Seorang guru biasa
This entry was posted in Tazkirah and tagged . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s