APLIKASI KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

3.1.1 TILAWAH AL-QURAN

3.1.1.1 Aplikasi kaedah talaqqi musyafahah, latih tubi dan penerangan

Anda perlu membuat rujukan kepada tajuk kaedah talaqqi musyafahah, latih tubi dan penerangan. Baca dan fahami kaedah tersebut dengan teliti. ( Rujuk Nota kuliah/
Buku Kaedah Pendidikan Islam oleh Zawawi Haji Ahmad / Prinsip=Prinsip dan Metod Pendidikan Islam oleh Abdul Rahman An-Nahlawi)

Baca dan teliti aplikasi kaedah talaqqi, latih tubi dan penerangan dalam contoh
pengajaran di bawah ini.

Lihat Mashaf Uthmani.

Ayat 1 hingga 10 surah al-Baqarah.

Penyampaian .

Talaqqi

• Guru memperdengarkan bacaan ayat al-Quran kepada semua pelajar.
• Guru membaca ayat 1 hingga 3.
• Bacaan secara kuat (jahar) .
• Pelajar mendengar bacan guru dengan teliti.
• Guru mengulangi bacaan beberapa kali.

Latih tubi

Lihat carta ayat 1 hingga 3 .

• Pelajar membaca ayat 1 hingga 3 secara kuat beberapa kali.
• Pelajar membaca secara individu.
• Guru mendengar bacaan pelajar dan membetulkan kesilapan.
• Pelajar membaca beberapa kali secara kumpulan.
• Guru meneliti bacaan pelajar.

• Guru membaca semula ayat 1 hingga 3 secara kuat.
• Pelajar mendengar bacaan guru.
• Pelajar membaca semula ayat 1 hingga 3.
• Guru meneliti bacaan pelajar dan menerangkan hukum taiwid.

Talaqqi

• Guru membaca ayat 4 hingga 7 surah al-Baqarah.
• Bacaan secara kuat (jahar) .
• Pelajar mendengar bacan guru dengan teliti.
• Guru mengulangi bacaan beberapa kali.

Latih tubi
Lihat carta ayat 4 hingga 7 .

• Pelajar membaca ayat 4 hingga 7.
• Bacaan secara kua berulangkali.
• Pelajar membaca secara individu.
• Guru mendengar bacaan pelajar dan membetulkan kesilapan.
• Pelajar membaca secara kumpulan.
• Guru meneliti bacaan pelajar.
• Guru membaca semula ayat 4 hingga 7 secara kuat.
• Pelajar mendengarbacan guru.
• Pelajar membaca semula ayat 4 hingga 7 bebrapa kali.
• Guru meneliti bacan pelajar.

Talaqqi

• Guru membaca ayat 8 hingga 10 surah al-Baqarah.
• Bacaan secara kuat (jahar) .
• Pelajar mendengar bacan guru dengan teliti.
• Guru mengulangi bacaan beberapa kali.

Latih tubi
Lihat carta ayat 8 hingga 10 .

• Pelajar membaca ayat 8 hingga 10.
• Bacaan secara kuat berulangkali.
• Pelajar membaca secara individu.
• Guru mendengar bacaan pelajar dan membetulkan kesilapan.
• Pelajar membaca secara kumpulan beberapa kali.
• Guru meneliti bacaan pelajar.
• Guru membaca semula ayat 8 hingga 10 secara kuat.
• Pelajar mendengar bacaan guru.
• Pelajar membaca semula ayat 8 hingga 10.
• Guru meneliti bacan pelajar serta meneangkan hokum tajwib berkaitan.

Penerangan / Pengukuhan.

• Guru memperdengarkan CD al-Quran ayat 1 hingga 10 surah al-Baqarah.
• Bacaan secara kuat (jahar) .
• Pelajar mendengar bacan tersebut dengan teliti.
• Guru mengulangi bacaan daripada CD al-Quran .

Lihat carta ayat 1 hingga 10 .

• Pelajar membaca ayat 1 hingga 10.
• Bacaan secara kuat .
• Pelajar membaca secara individu.Ulang bacaan beberapa kali.
• Guru mendengar bacaan pelajar dan menerangkan hukum tajwid dalam ayat tersebut.
• Pelajar membaca secara kumpulan.
• Guru meneliti bacaan pelajar.
• Guru membaca semula ayat 1 hingga 10 secara kuat.
• Pelajar mendengarbacan guru.
• Pelajar membaca semula ayat 1 hingga 10.
• Guru meneliti bacan pelajar serta memberi penerangan dan pengukuhan.
• Pelajar menulis ayat –ayat yang telah dibaca.
• Pelajar cerdas menulis ayat 1 hingga 5.
• Pelajar sederhana menulis ayat 1 hingga 3.
• Pelajar lambat menulis ayat 1 hingga 2 sahaja.

TUTORIAL

Setelah meneliti contoh pengajaran al-Quran menggunakan kaedah talaqqi yang diberi di atas , sila jawab soalan-soalan berikut:-

1. Apakah maksud talaqqi musyafahah ?
2. Apakah maksud latih tubi dan penerangan ?
3. Bagaimanakah kaedah talaqqi musyafahah dijalankan?

Advertisements

About guabama

Seorang guru biasa
This entry was posted in Pelbagai. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s