APLIKASI KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


TILAWAH AL-QURAN

Aplikasi kaedah talaqqi musyafahah, latih tubi dan penerangan.

Anda perlu membuat rujukan kepada tajuk kaedah talaqqi musyafahah, latih tubi dan penerangan. Baca dan fahami kaedah tersebut dengan teliti.(Rujuk Nota kuliah/
Buku Kaeadah Pendidikan Islam oleh Zawawi Haji Ahmad / Prinsip=Prinsip dan Metod Pendidikan Islam oleh Abdul Rahman An-Nahlawi)

Baca dan teliti aplikasi kaedah talaqqi, latih tubi dan penerngan dalam contoh pengajaran di bawah ini.

Tajuk : Membaca ayat.
Kemahiran : Membaca mengikut hukum tajwid ; mad tabi`i,ikhfa hakiki, qalqalah, idgham bi ghunnah dan waqaf.
Kaedah: Talaqqi musyafahah, latih tubi dan penerangan.
Gabungjalin: Membaca dan menulis.
Penyerapan ilmu: Tajwid dan jawi –tulisan jawi.
Sumber : Kad kalimah, kad ayat, carta ayat dan CD al-Quran dan Mashaf Uthmani.
Masa : 30 minit.

Talaqqi

Guru memperdengarkan bacaan ayat al-Quran melalui keset.
Guru membaca.
Bacaan secara kuat (jahar) .
Pelajar mendengar bacan guru dengan teliti.
Guru mengulangi bacaan beberapa kali.
Murid membaca

(guru melakukan sedemikian beberapa kali mengikut ayat yang dikelompokkan)

Latih tubi

Pelajar membaca ayat secara kuat beberapa kali.
Pelajar membaca secara individu.
Guru mendengar bacaan pelajar sambil membetulkan kesilapan.
Pelajar membaca beberapa kali secara kumpulan.
Guru meneliti bacaan pelajar.

Penerangan / Pengukuhan.
Guru memperdengarkan CD al-Quran.
Bacaan secara kuat (jahar) .
Pelajar mendengar bacan tersebut dengan teliti.
Guru mengulangi bacaan daripada CD al-Quran .

Pelajar membaca ayat.
Bacaan secara kuat .
Pelajar membaca secara individu.Ulang bacaan beberapa kali.
Guru mendengar bacaan pelajar dan menerangkan hukum tajwid dalam ayat tersebut.
Pelajar membaca secara kumpulan.
Guru meneliti bacaan pelajar.

Guru membaca semula ayat.
Pelajar mendengarbacan guru.
Pelajar membaca semula ayat.
Guru meneliti bacan pelajar serta memberi penerangan dan pengukuhan.

Pelajar menulis ayat –ayat yang telah dibaca.
Pelajar cerdas menulis ayat 1 hingga 5.
Pelajar sederhana menulis ayat 1 hingga 3.
Pelajar lambat menulis ayat 1 hingga 2 sahaja.

RUMUSAN
Bidang Tilawah al-Quran hendaklah diajar menggunakan kaedah talaqqi musya-
fahah.Kaedah ini berdasarkan kepada bacaan guru secara kuat (jahar) dan di-
dengar oleh pelajar secara langsung (mubasyarah). Talaqqi menjadi kaedah
induk kepada lain-lain kaedah yang digunakan dalam mempelajari bacaan al-
Quran.

Advertisements

About guabama

Seorang guru biasa
This entry was posted in Pengurusan Kurikulum. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s