Pengenalan

Blog ini bertujuan untuk membicarakan perkara-perkara ilmiah dan memaparkan maklumat, bahan ilmiah dan ilmu pengetahuan berhubung dengan pendidikan dan Pendidikan Islam. Ia mengajak kita membuka minda dan merangsang para ilmuan dan akedamik memberi buah fikiran untuk kebaikan dunia dan akhirat.

Advertisements

8 Responses to Pengenalan

  1. din berkata:

    asalamualaikum..sya mohd sarudin dari program persediaan ijazah srjana muda perguruan tengku ampuan afzan pahang,sya nk btnya kn ustad satu soalan,antara memakan daging babi dengan memakan rasuah,manakah yang lbh bebhaya? adakah kedua duanya sma bahya? sya berharap ustad dpt mberikan pjelasan yang lbih mdalam kerana sya masih keliru dengan kedua duanya persamaan tersebut.

    • guabama berkata:

      Makan daging babi dan makan rasuah adalah kedua-duanya daripada larangan Allah SWT. Melakukan kedua-duanya adalah berdosa. Walau bagaimana kedudukan dosa makan rasuah adalah termasuk kategori dosa besar. Ini kerana kesan daripada rasuah itu sangat berbahaya kepada umat manusia. Rasuah dalam apa keadaan sekalipun sama ada darurat atau tidak ianya tetap tidak diberi kelonggaran untuk melakukannya. Berbanding dengan memakan babi. Kita diharuskan memakan babi pada ketika darurat yang sekadar untuk mengelakkan kemudaratan. Lihat ayat al-Quran tentang pengharaman babi dan keharusan memakannya pada ketika darurat.

      Sekian, Wallahu ‘alam.

      Wassalamualaikum warahmatullah.

  2. mohd saruddin berkata:

    asalamualaikum..sya ada lagi satu soalan,dikatakan sekiranya kita tidur selepas subuh atau hampir masuknya waktu subuh,Allah S.W.T. tidak akan memberi rezeki dan pintu rezeki akan tertutup. namun begitu,di sini persoalannya adakah menjadi satu kesalahan sekiranya kita tidur pada waktu subuh yang mana pada ketika itu kita berada dalam keadaan yang terlalu mengantuk atau lebih tepat lagi dengan keadaan darurat sehingga melewatkan waktu subuh itu sendiri..adakah keadaan sebergini diharuskan oleh syarak..oleh itu,saya ingin meminta pndapat ustad berkenaan hal sebergini.

    • guabama berkata:

      Meninggalkan solat subuh dengan sengaja adalah berdosa besar. Mengantuk bukanlah dalam kategori darurat. Kita mempunyai usaha dan ikhtiar untuk mengelakkan rasa mengantuk. Kalau terlalu mengantuk kita diharuskan tidur sebentar sekadar untuk menghilangkan rasa mengantuk. Dilarang tidur sehingga meninggalkan solat subuh jika kita telah terjaga dalam dalam waktu subuh. Tetapi jika kita tidur dari malamnya (dalam waktu isya) sehingga tersedar dari tidur di luar waktu subuh, maka subuh kita ialah apabila kita terjaga dari tidur. Dituntut kita mengerjakan segera solat subuh. Jika kita sudah terjaga dalam waktu subuh kemudian kita tidur semula maka berdosa kita jika meninggalkan solat subuh. Bangun awal pagi sekitar jam 5.00am perlu dijadikan kebiasaan dalam hidup (pelaziman). Ini juga bergantung kepada keimanan kita kepada Allah. Dalam soal solat fardu, kita mesti tanamkan dalam diri untuk sentiasa melaksanakannya di awal waktu dan jangan memandang mudah kepada solat sehingga sering melewatkan solat. Neraka wil bagi orang yang melalaikan diri dengan solat. Kita jangan suka mencari alasan untuk melengah-lengahkan mengerjakan solat fardu. wallahu ‘alam.

  3. mohd saruddin berkata:

    asalamualaikum..saya ingin btnya ustad,kerja kursus pendek yang ustad bagi ari 2 kne bt sume tjuk atau pilih mana2 satu tjuk seperti bhgn aqidah,ibdah,akhlak dan sirah? atau perlu di buat semua bhgn2 tersebut? saya hrap ustad dapt mjwabnya dengan sebrapa segera..

  4. mohd saruddin berkata:

    asalamualaikum..ustad kerja kursus pai 2 antar ble? sbb ari jmaat kami smua kne prgi kuala lumpur..

  5. guabama berkata:

    Sila hantar segera sebelum 12 Okt 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s