TATACARA TUNTUTAN HARTA PUSAKA KECIL

HARTA PUSAKA KECIL :

Tafsiran yang diberikan dibawah seksyen 3(2) Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian)1955 menerangkan harta pusaka kecil sebagai harta peninggalan simati mengandungi kesemuanya atau sebahagiannya adalah harta tak alih terletak dimana-mana negeri dan jumlah nilai keseluruhannya tidak melebihi RM 600,000 pada tarikh permohonan dibuat. Tanpa terikat kepada batasan nilai yang dinyatakan, sebarang harta simati orang-orang bukan Islam yang mengandungi wasiat dibawah Ordinan Wasiat No. 38 Tahun 1959 bukan lagi ditakrifkan sebagai pusaka kecil. Ia dianggap sebagai pusaka besar dan menjadi tanggungjawab Mahkamah Tinggi. Bagaimanapun peruntukan tersebut tidak boleh dipakai bagi kematian seorang Islam kerana ianya bertentangan dengan syarat dan peraturan pewasiatan dalam Islam

Panduan Menghadiri Perbicaraan Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955
Pembicaraan harta pusaka simati akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti yang tercatit dalam borang D / S (notis permintaan dan pembicaraan Seksyen 8 / 17 (Akta 98).
Pemohon / pempetisyen adalah bertanggungjawab ke atas perkara-perkara yang berikut :-
1.
Tuan / puan adalah dikehendaki membawa bersama dokumen-dokumen asal berikut :-


Sijil kematian simati / waris-waris yang telah mati.


Kad pengenalan dan surat beranak semua waris.


Sijil kerakyatan / surat kelahiran, sijil perkahwinan simati (jika ada).


Hakmilik tanah / surat perjanjian jual beli.


Sijil pendaftaran kenderaan, sijil saham, buku akaun simpanan yang telah dikemaskinikan dan lain-lain dokumen asal yang berkaitan dengan harta simati.
2.
Tuan / puan dikehendaki memaklumkan kepada semua waris simati yang berhak menuntut harta pusaka tersebut supaya hadir pada tarikh pembicaraan.
3.
Sila pastikan semua yang hadir berpakaian kemas dan sopan. (Bagi waris di bawah umur 18 tahun tidak diwajibkan hadir, hanya salinan kad pengenalan dan surat beranak sahaja diperlukan).
4.
Waris yang tidak dapat hadir pada tarikh pembicaraan, bolehlah mengemukakan surat akuan persetujuan yang boleh diperolehi di mana-mana Unit Pembahagian Pusaka seluruh Semenanjung Malaysia. Peringatan surat akuan persetujuan hendaklah ditandatangani di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah, Majistret atau Pentadbir Tanah Daerah dan diisi dengan lengkap bagaimana harta hendak dibahagikan diruang yang disediakan. Surat akuan yang tidak lengkap akan ditolak.
5.
Sekiranya simati meninggalkan ibu bapa, mereka adalah waris yang berhak dan dikehendaki hadir pembicaraan atau mengemukakan surat akuan persetujuan.
6.
Jika tuan / puan seorang sahaja waris simati (tunggal) yang akan menghadiri pembicaraan itu, Maka tuan / puan dikehendaki membawa dua (2) orang saksi bebas (yang tidak ada pertalian persaudaraan dengan waris yang berhak / simati).
7.
Sebelum menghadiri pembicaraan, waris-waris dinasihatkan supaya mengadakan perbincangan bagi menentukan cara pembahagian.
8.
Sekiranya tuan / puan gagal hadir pembicaraan setelah 3 kali panggilan dibuat, permohonan tuan/puan akan dibatalkan.

Akta Pembahagian Pusaka Kecil 1955

Akta Harta Pusaka Kecil (pembahagian)1955 (dulunya Ordinan Pembahagian Pusaka Kecil 1955) merupakan undang-undang utama yang dipakai dalam pengurusan pusaka kecil. Sejak diterima pakai sehinggalah sekarang, beberapa semakan dan pindaan telah dibuat.
Secara keseluruhannya akta ini menerangkan takrif pusaka kecil disamping menjelaskan bidang kuasa, proses kerja yang bermula dari permohonan pusaka, perbicaraan, pengeluaran perintah hinggalah proses rayuan ke mahkamah tinggi. Disamping akta, terdapat peraturan pembahagian pusaka yang menggariskan tatacara pelaksanaan dan pemakaian borang-borang dalam urusan penyelesaian pusaka kecil.
Dalam menentukan pembahagian, Hukum Faraid dipakai bagi harta pusaka orang-orang Islam, manakala Akta Pembahagian 1958 dipakai bagi kematian bukan Islam. Asas hukum Faraid adalah berdasarkan Al-Quran dan Hadith, diantaranya ayat 11,12 dan 176 dari surah An Nisa.

About guabama

Seorang guru biasa
This entry was posted in Ilmu Faraid. Bookmark the permalink.

41 Responses to TATACARA TUNTUTAN HARTA PUSAKA KECIL

  1. Zulfan berkata:

    Assalamualaikum akhi….

    dalam kontek pembahagian harta pusaka di pejabat pesaka kecil, apakah keperluan utama untuk waris2 ikuti?

    dalam senarai dokumen2 yang perlu ada tadi, terdapat satu bahagian di mana kad pengenalan dan surat beranak waris diperlukan…
    adakah seandainya hanya salah satu daripada dokumen itu dibawa… adakah permohonan tersebut terpaksa ditangguhkan??
    atau misalan bahawa surat beranak sudah hilang atau pun tiada, masih bolehkah jika hanya memakai satu dokumen sahaja iaitu kad pengenalan??

    • guabama berkata:

      Setiap waris perlu hadir di dalam perbicaraan pusaka. jika tidak dapat hadir perlu mengemukakan surat rasmi mengatakan ketidakhadiran dan persetujuan kepada semua keputusan perbicaraan.
      Pada kebiasaannya dokumen-dokumen yang diperlukan perlu dibawa bersama. Walau bagaimanapun jika dibawa salah satu dokumen tersebut bergantung kepada persetujuan dari pegawai pentadbir pusaka yang bertugas.

  2. Mohamed Noor din b yunus ros berkata:

    saya ingin thu.abang saya yg masih bujang dah mati.ia satu bapa dgn sy tapi lain mak.dan abang yg ke 2 ,satu mak satu bapa dgn abang no 1 masih ada lg.jadi 1/11/2009 sy dgn abang ke2 dipggl utk bicara di kelantan.ia kata sy tak berhak dpt,sedangkan itu harta pencarian abang bkn harta dari mak ayah nya,satu lg ia ada adik adik 3perpuan dan 1 lelaki,yg mak sama dan lain bapa dgn simati.sy betul betul ingin thu,

    • guabama berkata:

      ISU HARTA PUSAKA :

      Si mati lelaki bujang meninggalkan waris berikut :

      1. Seorang saudara lelaki seibu sabapa.
      2. Seorang saudara perempuan sebapa
      3. Seorang saudara lelaki seibu
      4. 3 orang saudara perempuan seibu

      Siapa berhak mendapat harta pusaka si mati?

      Dalam kes ini saudara perempuan sebapa didinding oleh saudara lelaki seibu sebapa. Manakala saudara-saudara lelaki dan perempuan seibu berkongsi bahagian 1/3 daripada harta.

      Ini adalah ketetapan dalam hukum faraid. Sila rujuk e-faraid atau e-syariah untuk mengetahui pembahagian ahli waris.

  3. Rashidi berkata:

    Dalam hukum faraid.ayah telah meninggal berapakah bahagian untuk isteri pertama(meninggal)ada 6 anak 4 lelaki,2 perempuan dan bahagian untuk Isteri ke dua(hidup) 1 lelaki 1 perempuan(masih kecil)
    .Harta di tinggalkan ialah milik felda iaitu 10 ekar ladang sawit,sebuah rumah 3 ekar dan beberapa sijil saham felda bernilai 5 ribu.Adakah ibu tiri di iktiraf sebagai harta sepencarian kerana beliau bukan generasi pertama felda .

    • guabama berkata:

      Kedua-dua isteri itu berkongsi bahagian 1/8 daripada harta. Dalam hukum faraid tiada perbezaan taraf antara isteri pertama, kedua, ketiga atau keempat. Kesemuanya mempunyai hak yang sama berkongsi harta pusaka suami yang meninggal dunia 1/4 harta jika tiada anak atau 1/8 harta jika memiliki anak.

      Harta sepencarian ialah harta yang diperolehi oleh pasangan suami isteri sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam tempoh perkahwinan mereka mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh hukum syarak. Syarat tersebut ialah :
      1. Harta itu mestilah diperolehi selepas perkahwinan pasangan itu. Sekiranya suami memperolehi harta itu sebelum dia berkahwin atau selepas bercerai, maka harta itu pada amnya bukanlah harta sepencarian.
      2. Harta itu mestilah diperolehi dengan usaha kedua-dua belah pihak suami dan isteri secara bersama sama ada dalam bentuk kewangan, tenaga atau moral/sokongan.

      Walau bagaimanapun keputusan pembahagian harta sepencarian bergantung kepada keputusan hakim Mahkamah Syariah. Berkenaan pembahagian harta pusaka, pihak tuan perlu mendapatkan sijil faraid dari mahkamah syariah dengan menyenaraikan semua ahli waris yang berhak menerima pusaka. Tuan perlu mendapatkan permohonan tuntutan pusaka dengan mengisikan borang yang boleh diperolehi dari pegawai pusaka di pejabat pusaka daerah atau pejabat tanah dan daerah. Tuan akan dipanggil untuk bicara pusaka. Tuntutan harta sepencarian perlu dilakukan dahulu dengan didaftarkan di pejabat Mahkamah Syariah.
      Wallahu ‘alam.

  4. gee berkata:

    Assalamualaikum..
    saya ingin bertanya,
    ada sebuah keluarga.ibu dan bapa serta dua orang anak perempuan yang berusia 19 dan 21 tahun. pada satu hari, ibu dan bapa mereka meninggal dunia.bapanya tidak mempunyai ayah dan ibu kerana kedua-duanya telah meninggal. tetapi, bapa ini mempunyai adik beradik lelaki dan perempuan yang sebapa. saya ingin tahu, bagaimanakan pembahagian harta ini dilakukan?adakah bapa saudara berhak terhadap harta-harta tersebut?

    • guabama berkata:

      Kedua-dua anak perempuan itu berkongsi 2/3 daripada harta. Manakala adik beradik lelaki dan perempuan sebapa (bapa dan emak saudara anak perempuan tersebut) mendapat lebihan harta dengan jalan asabah bil ghairi. Harta lebihan itu dibahagi antara adik-adik beradik lelaki dan perempuan sebapa dengan kadar 2 : 1. Sekian. Wallahu’alam.

  5. Mohd Fozi B Md Jaus berkata:

    Dalam hukum FARAID,jika bapa saya anak lelali tunggal dalam keluarganya dan telah meninggal dunia,adakah saya sebagai waris lelaki kepada arwah bapa mempunyai hak terhadap harta pusaka peninggalan emak kepada arwah bapa (nenek saya).Untuk pengetahuan arwah bapa mempunyai 6 orang adik beradik perempuan yang masih hidup dan telah mempertikaikan hak saya.BAGAIMANAKAH PEMBAHAGIAN HARTA INI DILAKUKAN?

    • guabama berkata:

      Apabila nenek anda meninggal dunia (Emak kpd bapa anda) dan meninggalkan waris-waris 6 orang anak perempuan (mak saudara anda/adik beradik kandung ayah anda))dan anda sendiri (anak lelaki kepada anak lelaki) maka mengikut pembahagian faraid, 6 orang anak perempuan itu berkongsi 2/3 harta peninggalan ibunya dan kedudukan anda adalah asabah iaitu menghabiskan lebihan harta, iaitu 1/3 dari harta pusaka. Huraian ini berdasarkan maklumat waris yang anda berikan. Mak-mak saudara anda tidak berhak mempertikaikan hak pusaka anda kerana ini adalah ketentuan syarak melalui hukum faraid.
      Wallahu ‘alam.

  6. Rahayu Rahim berkata:

    Saya ingin bertanya.Saya mempunyai ibu tiri yg berkahwin dgn bapa saya selama 2 tahun sahaja.Baru2 ini bapa saya telah meninggal(kira cerai mati).Kami semua 9 beradik campur ibu tiri jadi 10 orang. Bagaimanakah pengiraan wang tunai yang ditinggalkan oleh bapa saya( pembahagian tanah pusaka telah ditukar nama semasa arwah ibu bapa masih hidup.?Bagaimana pembahgain wang tunai tinggalan arwah bapa kepada ibu tiri kami?? Pertikaian bermula apabila hayat arwah bapa bersama ibu tiri hanyalah 2 tahun sahaja.Bolehkah isu lama mana bersama boleh diambil kira.

    • guabama berkata:

      Wassalam. Pembahagian faraid tidak mengambil kira tempoh masa. Kata kan seorang berkahwin hari ini, esok suaminya mati, maka isteri berhak ke atas harta pusaka suami dengan kadar 1/4 jika si mati tiada anak atau 1/8 jika si mati ada anak. Berkenaan pembahagian wang tunai tinggalan si mati kepada waris-warisnya, maklumat yang anda berikan tidak lengkap untuk membantu saya mengiranya. Sila nyatakan ahli waris yang berhak mendapat pusaka dengan lengkap dan tepat. Maklumat yang tepat akan membantu saya menetapkan agihan pusaka yang sepatutnya diberikan kepada ahli waris.

  7. mohdzaid berkata:

    salam,
    nak tanya ,emak saya meninggal dan meninggalkan beberapa tanah. berapakah pembahagian kepada anak-anak/duda dll.
    pada masa meninggal ayah masih ada, pembahgian tanah belum dibuat lagi . anak seramai 1 orang laki-laki dan 4 orang perempuan.

  8. Che Mai berkata:

    salam.
    Harap dapat membantu.
    Arwah ayah saya telah meninggakan sedikit harta pusaka orang tuanya di negeri kedah. Tetapi kami tinggal di Negeri Pahang. Selepas 11 tahun kematiannya-ayah saya, saya telah terjumpa surat2 yang berkaitan dgn harta pusaka tersebut.
    Apakah yang perlu saya lakukan?
    1.Saya masih mempunyai ibu.
    2.Bil adik beradik sebapa 4 lelaki & 3 perempuan.
    3.Arwah ayah saya mempunyai 3 org adik perempuan. – layakkah mereka dlm pembahagian tersebut. a
    4.Setelah diselidik, adik2 ayah saya mengambil hasil tanah tersebut (lebih kurang RM2000/tahun)
    walaupun tahu tanah tersebut adalah milik ayah saya.
    Harap dapat membantu…. terima kasih.

  9. amin berkata:

    saya telah bercerai dan telah berkahwin lain..bekas isteri terdahulu saya mempunyai dua orang anak..isteri sekarang mempunyai seorang anak.masalahnya bagaimana wasiat yang perlu saya buat..adakah bekas isteri perlu dapat bhgiannya atau anak2 bekas isteri sahaja..dakah ketiga-tiga anak saya wajib mewarisi harta saya..atau anak isteri sekarang sahaja yang berhak..

    • guabama berkata:

      Jawapan untul Amin
      Tidak boleh mewasiatkan harta kepada ahli waris.Berdasarkan hadis Rasulullah SAW. Boleh hibah atau melalui pembahagian faraid. Bekas isteri yang diceraikan tidak hak tuntut pusaka. Kesemua anak saudara sama ada dari isteri pertama, kedua, ketiga atau keempat layak mendapat harta pusaka. Isteri yang tidak diceraikan juga layak mendapat harta pusaka peninggalan suaminya. Wallahu’alam.

  10. nizam berkata:

    salam….saya ingin bertanye berkenaan dengan jangka masa proses pembahagian harta pusaka melebihi 2 juta….dan tindakan susulan seterusnya..

    • guabama berkata:

      Jawapan untuk Nizam.
      Walaikumussalam. Kebiasaannya melebih 3 bulan selepas permohonan melalui Mahkamah Tinggi Sivil. Harta melebih 2 juta perlu buat permohonan ke Mahkamah Tinggi Sivil dan dibicarakan di sana.

  11. yasmin berkata:

    Assalamualaikum ustaz…harap tolong jawab kemushkilan saya,

    Md Noh(datuk)- pemilik harta meninggal 1968
    sarah (isteri Md Noh) meninggal 1978
    Zainab (anak Mat Noh/sarah) meninggal 1976 ..tinggalkan suami dan 5 anak lelaki n 5 anak perempuan.
    Ismail ( sama ) meninggal 2004 ” isteri dan 3 anak lelaki n 5 anak perempuan.
    Isa ( sama ) meninggal 2005 ” isteri dan 2 anak lelaki n 3 anak perempuan.

    Memandangkan Zainab meninggal pd tahun 1976 dan ibunya sarah meninggal pad tahun 1978, layak kah suami dan anak2 zainab menuntut harta peniggalan Md Noh secara faraid? ada pendapat mengatakan zainab tidak layak tuntut apa2 kerana dia meninggal 2 tahun awal dari ibunya?

    Harap ustaz tolong jawab melalui emel diatas.Terima kasih.

    • guabama berkata:

      Jawapan untuk yasmin
      Zainab layak menuntut harta Md Noh kerana dia hidup semasa Md. Noh meninggal dunia, tetapi tidak layak tuntut harta Sarah kerana dia mati dahulu daripada Sarah. Oleh itu suami Zainab dan anak-anaknya boleh menuntut bahagian Zainab dari harta peninggalan Md Noh. Wallahu’alam.

  12. che ma berkata:

    arwah suami meninggalkan seorang isteri,5 anak perempuan.2 org adik-adik perempuan seibu sebapa.1 adik beradik lelaki sebapa dan 2 org adik-adik perempuan sebapa serta seorang saudara lelaki seibu.Bagaimana pembahagian dilakukan.

    • guabama berkata:

      Jawapan untuk che ma
      Untuk mengetahui bahagian masing-masing sila lawati laman web E-Faraid USM atau E-Syariah. Di situ disediakan formula kiraan faraid dan pembahagian bahagian setiap ahli waris dengan tepat. Wallahu’alam.

  13. Yati Jaini berkata:

    Salam,

    Selepas datuk saya meninggal dunia dia telah meninggalkan sebahagian tanah pusaka kepada anak-anaknya iaitu 2 lelaki dan 3 perempuan (Salah seorangnya adalah ibu saya). Ibu saya pulak telah meninggal dunia dan adik-beradik ibu saya sedang membahagi-bahagikan tanah pusaka itu.

    Soalan pertama : Berapakah bahagian ibu saya?
    Soalan kedua : Berapakah bahagian untuk adik-beradik saya jika kami ada 5 lelaki dan 3 perempuan (termasuk saya).

    • guabama berkata:

      Jawapan utk Yati Jaini.
      Soalan anda tidak jelas kerana ketika kematian datuk anda adakah nenek anda (isteri datuk) masih hidup. Ikut hukum faraid lelaki dapat dua bahagian dan perempuan satu bahagian. Untuk mengetahui bahagian masing-masing saudari boleh layari laman web E-Faraid USM atau E-Syariah. Saudari boleh kira sendiri melalui program kira faraid yang disediakan. Wallahu’alam.

  14. md safol salam berkata:

    Assalamualaikum,

    Saya ingin mendapatkan kepastian mengenai Harta Sepencarian (tanah) milik kedua orang tua kami (SEIBU SEBAPA) Yang telah meninggal dunia dan diwasiatkan kepada kami adik beradik SEIBU SEBAPA:-

    A) Saya mempunyai adik beradik SEIBU SEBAPA :-
    1 orang perempuan (bujang) dan 5 orang Lelaki (semua
    berkahwin dan mempunyai anak (tetapi seorang abg sulung tlh
    meninggal dunia meninggalkan sorang balu dan 6 orang anak)

    B) DAN adik beradik SEBAPA berlainan IBU:-
    1 orang lelaki telah berkahwin tetapi tidak mempunyai zuriat
    tetapi mengambil seorang anak angkat lelaki yg tlh berkahwin
    tetapi juga tidak mempunyai zuriat (utk pengetahuan pihak tuan, adik beradik SEBAPA ini adalah anak kepada isteri pertama arwah bapa yg telah meninggal dunia (tetapi bukan bermadu, arwah ibu kami telah berkahwin dengan arwah bapa kami selepas isteri pertama beliau meninggal dunia)dan adik beradik sebapa kami telah di jaga oleh ibu kami semenjak bayi.

    SOALAN:

    1) adakah layak adik beradik SEBAPA atau isteri dan anak angkat/menantunya ini menuntut hak milik harta sepencarian milik kami (SEIBU SEBAPA)? sedangkan harta sepencarian milik arwah ibunya dan bapa kami telah diserahkan kepada beliau tanpa kami ganggu

    2) adakah nama adik beradik SEBAPA yang terkandung didalam geran tanah milik harta sepencarian SEIBU SEBAPA dapat kami mansuhkan sekiranya terjadi sebarang perkara yakni sifat tamak/perebutan harta yang tidak diingini berlaku? (utk pengetahuan pihak tuan nama adik beradik SEBAPA telah dimasukkan dalam geran tanah milik harta sepencarian SEIBU SEBAPA kami atas persetujuan adik beradik SEIBU SEBAPA dan dasar tali persaudaraan terhadap beliau.)

    Sekian, diharap dapat membantu..

    • guabama berkata:

      JJawapan untuk soalan Md Safol Salam.

      Tiada istilah harta sepencarian untuk anak si mati. Yang boleh tuntut harta sepencarian ialah isteri atau isteri-isteri sahaja sama ada cerai mati atau cerai hidup. Anak-anak hanya boleh tuntut harta pusaka melalui pembahagian faraid. Tidak boleh wasiat untuk ahli waris. Anak angkat tiada hak tuntut harta pusaka kerana dia bulan ahli waris. Anak angkat boleh dapat harta melalui wasiat atau hibah. Tetapi wasiat tidak boleh lebih 1/3 dari harta si mati. Wallahu ‘alam.

  15. alin berkata:

    salam,saya nak tanye saya mempunyai 9 org adik beradik,dan ayah saya berkahwin lain setelah emak meninggal dunia,bapa saya seorang peneroka felda dan mempunyai 10 ekar tanah,baru2 ni felda menyuruh pembahagian tanah 10 ekar kpd anak2,utk yg 9 ekar diberikan kpd kami adik beradik,sy ingin bertanya layakkah ibu tiri kami mdpt tanah yg 1 ekar lg,sedangkan ayah baru berkahwin dgnnye tidak sampai 1thn lg…

  16. norakilah binti mohd nor berkata:

    Assalamualaikum,
    Bapa saya telah meninggal dunia dan ada meninggalkan tanah felda dan rumah serta sedikit wang simpanannya. Bagaimana pembahagiannya? Dalam maklumat saya tanah felda hanya tertakluk kepada satu nama saja iaitu ibu saya. Bolehkah ibu saya menuntut harta sepencarian daripada wang simpanan bapa sedangkan ibu sudah memiliki tanah felda dan rumah? Apakah kesemua hasil felda akan menjadi milik ibu saya iaitu pendapatan bulanannya?

    • guabama berkata:

      Assalamualaikum,
      Bapa saya telah meninggal dunia dan ada meninggalkan tanah felda dan rumah serta sedikit wang simpanannya. Bagaimana pembahagiannya? Dalam maklumat saya tanah felda hanya tertakluk kepada satu nama saja iaitu ibu saya. Bolehkah ibu saya menuntut harta sepencarian daripada wang simpanan bapa sedangkan ibu sudah memiliki tanah felda dan rumah? Apakah kesemua hasil felda akan menjadi milik ibu saya iaitu pendapatan bulanannya?

      Waalaikum salam.
      Pembahagian harta felda, rumah dan wang simpanan hendaklah dibahagi mengikut hukum faraid. Sila dapatkan sijl faraid dari Mahkamah Syariah, dan seterusnya tuntutan pusaka perlu dilakukan di Pejabat Pentadbir Pusaka (Di Pejabat Tanah dan Daerah). Satu nama bagi tanah felda untuk pewaris bukan bermaksud hak milik mutlak penama. Penama hanya bertindak sebagai pentadbir sahaja. Hasilnya perlu dibahagi mengikut hukum faraid atau persetujuan bersama waris. Tetapi kalau semua waris bersetuju untuk menyerahkan tanah felda sebagai hak milik penama, hal ini tidak menjadi kesalahan. W/bagaimana pun hal tanah felda perlu dirujuk kepada pihak pengurusan felda kerana ia tertakluk di bawah akta tanah felda.
      Ibu saudari/puan (isteri si mati) boleh menuntut harta sepencarian (tanah felda,rumah dan wang simpanan) melalui tuntutan di mahkamah syariah.
      Kesemua hasil felda tidak akan menjadi milik ibu saudari/puan kalau semua waris atau slah seorang waris tidak bersetuju.
      Wallahu ‘alam.

  17. dila berkata:

    Assalam,
    Kami 4 beradik kandung (3L 1P) beserta ibu tiri dan 2 adik tiri (1L 1P) telah bersetuju untuk membahagikan harta arwah bapa mengikut persetujuan bersama di mana ibu tiri tidak mahu pembahagian dilakukan secara Fara’id. Sijil Fara’id telah pun diperolehi dari Mahkamah Kuantan. Setelah menerima sijil Fara’id dan pihak peguam ibu tiri telah mendaftarkan permohonan di Pusat Pesaka Kecil Kuantan, kebiasaannya, berapa lama masa yang di ambil oleh pihak Pesaka Kecil untuk memproses permohonan yang di hantar dan memanggil waris untuk perbicaraan?

  18. iqwan berkata:

    ustat
    saya nak tanya
    ibu saya telah meninggal sebelum nenek saya
    sekarang nenek juga telah meninggal
    jika sekarang ingin melakukan pembahagian harta pusaka
    adakah nenek tetap dapat bahagian pusaka tu

    • guabama berkata:

      Walaikum salam. Ya, nenek saudara berhak di atas harta ibu saudara kerana ketika ibu saudara meninggal dunia dia masih hidup dan dia dalam kedudukan sebagai ibu kepada si mati. Walaupun nenek saudara telah meninggal sekarang, hak harta pusaka dari ibu saudara perlu diberikan kepada waris yang berhak selepas kematian nenek saudara mengikut hukum faraid dan saudara pula tiada hak pusaka di atas kematian nenek saudara kerana kedudukan saudara sebagai waris zawil arham. Menurut mazhab Syafie zawil arham tiada hak mempusakai harta.

  19. sham berkata:

    assalammualaikum.. salam 1malaysia.. saya hisham anak bongsu kepada 10 adik beradik. saya sekeluarga sedang mengalami masalah konflik keluarga tentang tuntutan harta tanah felda arwah ayah saya. baru-baru ini adik-beradik saya yang lain telah membuat pakatan tuntutan pembahagian harta tanah felda di atas nama arwah ayah saya di jabatan pengarah tanah dan galian kuatan bahagian pusaka kecil. mereka berpakat membuat tuntutan tanpa pengetahuan,perbincangan dan persetujuan daripada ibu saya. sedangkan ibu saya adalah seorang pentadbir felda selepas si arwah mati. justeru itu masalah konflik keluarga saya ialah adik-beradik lain tidak suka dengan ibu saya. mereka menganayai,tidak menjaga, tidak ambil tahu dan sebagainya terhadap ibu saya. kecuali hanya saya seorang sahaja yang bersusah payah menjaga dan tinggal bersama ibu. surat saman abang ngah untuk membatalkan ibu saya sebagai pentadbir felda telah sedang dijalankan di jabatan tanah tersebut. mereka ingin mengusahakan tuntutan dengan membuat pembahagian harta secara sama rata. tidak adil bagi saya pula kerana saya masih naungan dibawah jagaan ibu saya yang masih bujang dan setia menjaga ibu saya selama ini. tidak pula dengan adik-beradik saya yang mereka semua sudah pun berumah tangga dan menumpang tempat tinggal di tapak halaman rumah ibu saya dengan membina 3 buah rumah sendiri bagi tiga adik-beradik lain. manakala 6 adik-beradik yang lain pula menetap rumah sewaan dan berumah sendiri berdekatan dengan rumah ibu.disini saya dan ibu telah membuat aduan ke mahkamah mengenai tuntutan kes harta sepencarian. jadi disini saya mahu pendapat dari tuan, bagaimana cara untuk mendapat hak ibu sepenuhnya terhadap harta tanah hak milik arwah ayah saya.

    • guabama berkata:

      Assalamualaikum. Pertama adik-beradik saudara perlu diberi kaunseling/tazkirah/nasihat tentang peranan anak terhadap ibubapa. Kerana harta, jangan jadi anak derhaka. Kedua; tuntutan pusaka perlu dibuat di pejabat pusaka daerah dan akan dibicarakan pada hari dan masa yang ditentukan oleh pejabat pusaka daerah. Saudara perlu juga mendapatkan sijil faraid dari Mahkamah Syariah. Ibu saudara juga boleh membuat tuntutan harta sepencarian di Mahkamah Syariah. Dari sudut syariah adik-beradik saudara tiada hak untuk menghalang ibu saudara dari menerima harta pusaka. Hukumnya haram. Ibu saudara berhak mendapat 1/8 dari harta pusaka peninggalan suaminya (ayah saudara).

      Sekian, wallahu’alam. wassalamualaikum.

  20. Bashirah Hassan berkata:

    Assalamualaikum..
    Saya ada kemusykilan tentang pembahagian harta pusaka dan harta sepencarian. Harap dapat penjelasan…
    Sy baru kematian suami 3 bln lepas, beliau mempunyai simpanan ASB sebanyak RM200k dan KWSP(tanpa penama) sebanyak RM66k, saham syarikat sebanyak 3lot (nilai saham lebih kurang RM0.50 seunit), sebuah motosikal anggaran RM2000 dan tanah pusaka arwah bapanya (belum dibuat penilaian) .
    Kami tidak mempunyai anak…
    Arwah masih mempunyai ibu, seorang saudara lelaki seibu sebapa dan 8 org saudara perempuan seibu sebapa…
    Saya ingin tahu bagaimana cara menuntut harta sepencarian dan berapa nisbahnya. Dimanakah tempat/saluran yang paling baik untuk saya tuju…amanah raya, pej tanah dan galian atau mahkamah tinggi ataupun melantik peguam memandangkan saya tinggal di KL dan saudara arwah suami berada di Kedah.

    Terima kasih,
    *Buntu Fikiran*

    • guabama berkata:

      Waalaikumussalam.
      Saya nasihatkan puan berjumpa dengan pegawai pusaka di Amanah Raya untuk mendapatkan khidmat nasihat dan prosuder tuntutan harta pusaka. Ibu arwah dan saudara-saudara arwah lelaki dan perempuan seibu sebapa berhak mendapat harta pusaka si mati. Ikut pembahagian pusaka, Puan berhak mendapat 1/4, ibu arwah 1/6, saudara-saudara arwah lelaki dan perempuan seibu sebapa mendapat asabah ( 2:1 ). Untuk tuntutan pusaka puan perlu membuat permohonan di pejabat pusaka (Pejabat Tanah dan Galian) dengan mengisi borang permohonan tuntutan pusaka.

      Sekian, Wallahu ‘alam.

  21. hani berkata:

    berapkah umur bole menerima harta faraid ini kerana umur jiran saya ni baru 17 tahun adaka dia boleh menerima harta faraid. Terimakasih

Tinggalkan Jawapan kepada Rahayu Rahim Batal balasan